"Assalamualaikum and hello everyone! Thanks for visiting my Blog. All the photos were taken by me, unless indicated otherwise. You can use or reproduce certain contents and images (except for personal notes/ journals) for personal use only."

Blog's quote: Biarlah apa yang ditulis memberi manfaat untuk yang lain, insyaAllah.

Thursday, October 7, 2010

'Kejutan Harga!'

Mama mengalami sedikit 'kejutan harga barang' di Malaysia bila setahun lebih menetap di US...especially untuk barangan bayi.

Bila berada di US, kadang2 mengeluh bila terpaksa belanja 10 dolar untuk sepasang baju bayi Aliya, sebab bila di convert ke duit Malaysia, yang 10 dolar tu boleh cecah 40 ringgit Malaysia...rasa macam mahal la tu, hehe

Sepasang baju yang sama macam di US yang harganya 10 dolar tu, boleh mencecah ratusan ringgit di sini! terdiam sejenak.

Biasanya, kami beli baju2 aliya serendah harga 1-5 dolar sahaja... kain yang berkualliti jenama Carter, tapi still made in China jugak! Kerusi buaian bayi yang harganya 130 dolar di Brookings, berharga RM1200 di Malaysia! huk huk huk

Rasa macam tak worth it bila nak spend duit ratusan ringgit hanya untuk sepasang baju dan ribuan ringgit untuk barangan bayi sebab gunanya hanya sekejap aje, bayi memang membesar setiap bulan. Nak tak nak, ibu bapa ni memang kena pandai dalam mengatur kewangan untuk di belanja untuk anak-anak.

Ada pilihan lain kah ibu bapa di Malaysia?
  • Mungkin berbelanja secara belian online boleh meringankan beban harga?
  • Ataupon dengan membeli barangan yang tidak begitu berjenama, tapi macam mana pula dengan kualiti barang?
  • Recycle dengan menyimpan barangan anak2 dengan sebaiknya supaya dapat digunakan untuk beberapa orang anak?
  • Atau membeli barangan di kedai2 second hand?

Teringin nak borong barang2 bayi di US dan balik jual di Malaysia dengan harga yang lebih murah, hahha tapi dalam angan2 jela, nanti tak pasal2 kena bayar tax mahal.

1 comment:

Wayne Rainey said...

Hmm...... viable option, should look into it... baby related - businesses