"Assalamualaikum and hello everyone! Thanks for visiting my Blog. All the photos were taken by me, unless indicated otherwise. You can use or reproduce certain contents and images (except for personal notes/ journals) for personal use only."

Blog's quote: Biarlah apa yang ditulis memberi manfaat untuk yang lain, insyaAllah.

Saturday, December 17, 2011

Bertawakal dan berusaha, insyaAllah

Jangan risau dan gundah disebabkan hari esok, nikmati dan gunakan sebaiknya masa yang ada sekarang sebab ini yang pasti dan esoknya belum pasti...

tetapi kita haruslah merancang dan bersedia utk hari esok...

Wallahulam...

Friday, December 16, 2011

Shared button!

Bagi saya, menyebarkan atau 'shared' perkara aib, buruk dan dosa orang lain di dalam FB ataupun di dalam blog boleh diumpamakan sebagai mengumpat dan menjaja cerita. Betul tak?

Daripada tak tahu menjadi tahu, daripada suka menjadi benci, dari berkawan akhirnya bermusuh! Berhati-hatilah dalam menggunakan FB, wallaualam. Semoga kita sentiasa dijauhi daripada perkara yang mendatang 'mudarat' kepada kita sendiri, amin....


"Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)." [Surah Qaf: 18]"

Friday, December 9, 2011

Dia yang sombong atau aku yang prejudis!

Prejudis, membuat penilaian terus tanpa usul periksa boleh menyebabkan kita salah sangka dengan seseorang atau sesuatu perkara. Kadang kala dengan tegas kita menegakkan benda yang belum pasti...

"Ada kisah seorang kawan yang merasakan kawan lama yang tak tegur dirinya itu sombong kerana tidak menegurnya masa berselisih bahu di jalan tadi. Malah dia berniat untuk memutuskan hubungan persahabatan mereka. Bila diselidik, rupa-rupanya, kawannya itu tidak dapat melihat dengan jelas disebabkan tidak memakai cermin mata pada ketika itu!"

Selidik dan pasti tentang sesuatu perkara sebelum menilai. Sama-samalah kita menghindari penyakit hati ini supaya terhindar dari unsur-unsur negetif yang lain seperti mengumpat dan mengata orang. Semoga Allah sentiasa memberi rahmat dan perlindungan kepada kita semua, insyaAllah amin.

Wednesday, December 7, 2011

Sejauh mana nilai ibu bapa dalam diri anak2?

Sekadar bermain difikiran, kerana sejak akhir-akhir ni banyak terdengar tantang anak-anak yang abaikan ibu bapa apabila salah seorang atau kedua orang tua mereka jatuh sakit dan sudah tidak mampu menguruskan diri masing-masing lagi....

Sejauh mana erti pengorbanan seorang anak untuk menjaga kedua orang tuanya....semoga Allah sentiasa memberi kesabaran dan keredhaan terhadap kita yang masih mempunyai ibu bapa..insyaAllah, tanpa mereka siapalah kita! :)

Bagi anak2 yang sudah tidak punyai ibu bapa, sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan mereka, insyaAllah,  semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa kedua orang tua kita....aminnn


Friday, December 2, 2011

Aliya turned 2 on Dec 1st! :) Alhamdulillah


Happy happy sayang...you're two years old now...Jadi anak yang solehah yer, insyaAllah... aminn