"Assalamualaikum and hello everyone! Thanks for visiting my Blog. All the photos were taken by me, unless indicated otherwise. You can use or reproduce certain contents and images (except for personal notes/ journals) for personal use only."

Blog's quote: Biarlah apa yang ditulis memberi manfaat untuk yang lain, insyaAllah.

Monday, November 28, 2011

Sunday, November 27, 2011

Close-up (macro) lalat2

Tak sure yang ni lalat ke tak, tapi ciri2 cam lalat....
Guna raynox DCR-250


Friday, November 25, 2011

1433

Semoga tahun baru diberikan kekuatan iman dan hati untuk menjadi hamba Allah yang sabaiknya, insyaAllah... Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita...aminnn

Thursday, November 24, 2011

Jumaat: Titis-titis tanpa hujan

Alhamdulillah, hari ni nampak cam cerah,
harap tak sejuk sangat hari ni.... :)
Selamat hari Jumaat semua,
semoga mendapat rahmat dan petunjuk Allah sentiasa, insyaAllah, amin :)


* InysaAllah, nak masak laksam kelate untuk Ma hari ni... :) Harap menjadilah...insyaAllah...

Panjat tinggi-tinggi, jangan sampai JATUH!

Anok kesing atah pokok jambu batu! hehe
"Stinky bug at the guava tree"


* Subhanallah, makhluk busuk ni comel berwarna pink...:)

Wednesday, November 23, 2011

Tengkujuh




* Kelantan sudah banjir :) Semoga semuanya berada dalam keadaan sejahtera hendaknya musim2 hujan dan musim cuti sekolah ni...

Roarrr like a lion!


*Good luck skuad bola sepak Malaysia dalam kelayakan Olimpik malam ni! Best kalau pemain2 kita menutup aurat kan :)

Tuesday, November 22, 2011

Pasukan bola sepak tanah air! Yeay

Alhamdulillah... First of all, memang meriah kat fesbuk hari ni dengan status2 yang bangga dengan kejayaan Harimau Muda menentang pasukan bola sepak Indonesia semalam dalam Sea Game..ermmm tak payah cakap banyakkan, rata2 rakyat Malaysia memang menonton perlawanan yang sangat mendebarkan ni.. :)

Syabas untuk pasukan Malaysia! :)

Saya tertarik dengan status FB Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah kat bawah ni :)


Semoga kita sentiasa di bawah rahmat dan hidayah dari Allah yang Maha Penyayang dan Maha Pemurah, insyaAllah... amin

Friday, November 18, 2011

Cheer up your day! :)

Ala, sentiasa takde 'S' plak, setiasa jadinya,
sentiasa takde 'N' plak, hehe typo!

Thursday, November 17, 2011

Keistimewaan Hari Juma'at :)

Gambar sekadar hiasan, hehe, terjumpa pepatung ni dalam rumah,
so amik peluang snap2 sebelum dia terbang ...
Hadits 1 :
Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ فِيهِ خُلِقَ آدَمُ وَفِيهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ وَفِيهِ أُخْرِجَ مِنْهَا

“Sebaik-baik hari adalah hari Jum’at, karena pada hari itulah Adam diciptakan, pada hari itu pula dia dimasukkan ke dalam surga, dan pada hari itu pula dia dikeluarkan darinya.” (HR. Muslim no. 854)

Hadits 2 :
Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ ثُمَّ أَتَى الْجُمُعَةَ فَاسْتَمَعَ وَأَنْصَتَ غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ وَزِيَادَةُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ وَمَنْ مَسَّ الْحَصَى فَقَدْ لَغَا

“Barangsiapa yang berwudhu lalu dia menyempurnakan wudhunya, kemudian dia mendatangi shalat jumat, lalu dia mendengarkan (khutbah) dan tidak berbicara, maka akan diampuni (dosa-dosa yang dilakukannya) antara hari itu sampai hari jumat depannya, ditambah tiga hari. Dan barangsiapa yang memegang-megang batu kerikil, maka dia telah berbuat kesia-siaan.” (HR. Muslim no. 857)

Hadits 3 :
Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ

“Antara shalat lima waktu, antara shalat jumat satu ke shalat jumat berikutnya, dan antara puasa ramadhan ke puasa ramadhan berikutnya adalah penghapus untuk dosa di antara keduanya, apabila dia menjauhi dosa-dosa besar.” (HR. Muslim no. 857)

Hadits 4 :
Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam membicarakan perihal hari jumat. Beliau bersabda:

فِيهِ سَاعَةٌ لَا يُوَافِقُهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ وَهُوَ قَائِمٌ يُصَلِّي يَسْأَلُ اللَّهَ تَعَالَى شَيْئًا إِلَّا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ وَأَشَارَ بِيَدِهِ يُقَلِّلُهَا

“Di dalamnya ada satu waktu dimana tidaklah seorang hamba muslim mengerjakan shalat lalu dia berdoa tepat pada saat tersebut, melainkan Allah akan mengabulkan doanya tersebut.” Kemudian beliau memberi isyarat dengan tangannya yang menunjukkan sedikitnya saat tersebut.” (HR. Al-Bukhari no. 1415 dan Muslim no. 852)

Demikian, semoga bermanfaat.

Monday, November 14, 2011

Realiti dan maya...

Gambar sekadar hiasan :) Pokok rhu di Tok Bali

Seringkali telupa dan 'tiada' masa untuk meluangkan masa untuk mengingati Allah dengan zikir dan ibadat-ibadat sunat. Lebih mudah pula kita menghabiskan masa di depan komputer, serta gadget-gadget teknologi canggih sekarang ini. Lebih menyedihkan apabila ibadah wajib turut terabai dengan kelalaian kita 'mentelaah' segala aktiviti kenalan di ruangan sosial seperti Facebook , Twitter serta blog-blog . Bahkan, ini telah membawa sesorang menjadi obses dan ketagih untuk membaca dan mengetahui setiap perkembangan kenalan/ rakan sosial di internet.

Bila tidak akses Facebook/ Twitter dalam sehari, rasa tidak tenang memikirkan status-status yang belum dibaca atau ada gambar-gambar yang belum dilihat! 

Sikap ingin tahu itu memang perlu ada pada setiap orang yang hendakkan ilmu pengetahuan setiap masa. Tetapi apabila sikap ingin tahu ini diterjemahkan pada bahasa orang sekarang, sungguh merisaukan apabila sikap ini diaplikasikan tanpa tujuan yang elok seperti ingin tahu tentang perihal orang lain yang langsung tiada kaitan dan impak dengan diri sendiri. Perbuatan ini mengundang kepada sikap dengki, mengumpat dan perlbagai lagi unsur penyakit 'hati'.

Tidak dinafikan pengaruh laman sosial juga dapat memberikan impak yang positif. Informasi yang berguna juga sering dikongsi dan dibaca, malah ia dijadikan sebagai platfom dakwah bagi sesetengah agamawan dan individu. Dengan harapan, perkongsian  isu-isu yang berkaitan dengan agama ini mempunyai sumber-sumber yang jelas dan yakin tentang isinya terlebih dahulu untuk dimanfaatkan buat yang lain.

Sedar atau tidak, kita sekarang ini dikawal oleh teknologi. Dibelenggu dengan kepesatan modenisasi dunia, mengabaikan masa bersama keluarga, suami, isteri, anak-anak, dan rakan-rakan. Aktiviti bersosial  'maya' lebih diutamakan berbanding realitinya. Fikir-fikirkan apabila hubungan ibu-bapa dan anak-anak renggang, hubungan suami dan isteri tidak mesra! Sorang dengan komputer ribanya, dan sorang lagi dengan telefon pintarnya.

Pilihan sentiasa ada pada setiap individu untuk membuat penilaian dan keputusan yang bijak. Sesuaikan masa penggunaan internet dan alat-alat teknologi supaya kita lebih fokus pada apa yang sepatutnya. Masa yang terabai akan menjadi sejarah yang tidak boleh diganti, gunakan sebaiknya untuk yang tersayang.

Allah kita sayang, mengingati Allah akan bertambah sayang dan disayang! InsyaAllah.

Copyright http://www.shaliyaza.blogspot.com/ (by mama)


Tuesday, November 1, 2011

Aliya is a big girl now :)

Today, Aliya is 1 year and 11 months. She manage to speak combination of few words and start to understand what she said. :) Alhamdulillah... She is healthy and eat a lot of various food.

Islam itu cara hidup


Sesiapa inginkan kemuliaan, cukuplah Islam baginya...
Sesiapa inginkan keadilan, cukuplah hukum Allah baginya...
Sesiapa inginkan ketenangan, cukuplah 'zikrullah' baginya...
Sesiapa inginkan teman, cukuplah al-Quran baginya...
Sesiapa inginkan peringatan, cukuplah kematian itu baginya...
Sesiapa inginkan kekayaan, cukuplah qana'ah itu baginya...
Sesiapa inginkan perhiasan, cukuplah ilmu yang bermanfaat baginya...
Sesiapa inginkan kecantikan, cukuplah akhlak yang mulia baginya...
~Ustaz Ahmad Hamka

Berhati-hati dengan pujian

Tonton video daripada kuliah Ustaz Asri yang bertajuk Doa dan 'Ain. Semoga kita sentiasa beringat di dalam setiap kata-kata pujian.



Doa ketika menerima pujian (Doa Saidina Ali Karramallahu Wajhah):



"Ya Allah, janganlah engkau hukum aku kerana apa yang mereka katakan tentang aku. Berikanlah kebaikan padaku dari apa yang mereka sangkakan kepadaku. Ampunilah aku kerana apa yang mereka ketahui tentang diriku."

A 2 days trip to Shah Alam

Attend majlis konvo Su Da :) Tahniah...
Jadual penuh di Shah Alam, dan memenatkan, tapi puas! :)