"Assalamualaikum and hello everyone! Thanks for visiting my Blog. All the photos were taken by me, unless indicated otherwise. You can use or reproduce certain contents and images (except for personal notes/ journals) for personal use only."

Blog's quote: Biarlah apa yang ditulis memberi manfaat untuk yang lain, insyaAllah.
Showing posts with label Photos. Show all posts
Showing posts with label Photos. Show all posts

Tuesday, January 17, 2012

Mexican Stall


I love the various color of the merchandise they sell. It refreshed our sleepy eyes, 
although we just spend there for 30 minutes.


Gambar ini diambil semasa kami sekeluarga ke Hollywood bulan lepas. Kami menaiki bas pelancongan untuk melawat dan mengenali Hollywood dalam masa setengah hari toured. Pemandu pelancong memberi peluang kepada kami mengenali budaya dan kesenian orang Mexico di USA (orang Hispanic). Selain daripada deretan kedai yang menjual barang kraf dan makanan, kawasan ini juga menyediakan hiburan dan persembahan menarik yang mengetengahkan budaya mereka.


Monday, November 28, 2011

Sunday, November 27, 2011

Close-up (macro) lalat2

Tak sure yang ni lalat ke tak, tapi ciri2 cam lalat....
Guna raynox DCR-250


Thursday, November 24, 2011

Jumaat: Titis-titis tanpa hujan

Alhamdulillah, hari ni nampak cam cerah,
harap tak sejuk sangat hari ni.... :)
Selamat hari Jumaat semua,
semoga mendapat rahmat dan petunjuk Allah sentiasa, insyaAllah, amin :)


* InysaAllah, nak masak laksam kelate untuk Ma hari ni... :) Harap menjadilah...insyaAllah...

Panjat tinggi-tinggi, jangan sampai JATUH!

Anok kesing atah pokok jambu batu! hehe
"Stinky bug at the guava tree"


* Subhanallah, makhluk busuk ni comel berwarna pink...:)

Wednesday, November 23, 2011

Tengkujuh




* Kelantan sudah banjir :) Semoga semuanya berada dalam keadaan sejahtera hendaknya musim2 hujan dan musim cuti sekolah ni...

Roarrr like a lion!


*Good luck skuad bola sepak Malaysia dalam kelayakan Olimpik malam ni! Best kalau pemain2 kita menutup aurat kan :)

Tuesday, November 1, 2011

Islam itu cara hidup


Sesiapa inginkan kemuliaan, cukuplah Islam baginya...
Sesiapa inginkan keadilan, cukuplah hukum Allah baginya...
Sesiapa inginkan ketenangan, cukuplah 'zikrullah' baginya...
Sesiapa inginkan teman, cukuplah al-Quran baginya...
Sesiapa inginkan peringatan, cukuplah kematian itu baginya...
Sesiapa inginkan kekayaan, cukuplah qana'ah itu baginya...
Sesiapa inginkan perhiasan, cukuplah ilmu yang bermanfaat baginya...
Sesiapa inginkan kecantikan, cukuplah akhlak yang mulia baginya...
~Ustaz Ahmad Hamka

Tuesday, October 25, 2011

Photo contest by Justin Ng

I have submitted my sunset photo for the "SGD$1000 Photo Competition Oct 2011 (Theme: Sunrise/Sunset) - 8"

I just try my luck...insyaAllah... banyak gambar2 hebat yang telah disubmit...Subhanallah cantik sungguh alam ciptaanMu ini ya Allah....

This sunset I captured at Grand Canyon overlook point...

Just smile! :)





Sembunyikanlah kesedihan daripada manusia,
Jadilah seperti Nabi Ya'kub yang merintih:

إِنَّمَا أَشْكُو بَثِّي وَحُزْنِي إِلَى اللَّهِ

""Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku" [Surah Yusuf, 86]

Manusia selamanya tidak mungkin dapat merasai dan menyelami kadar kepedihan yang dialami...
Tiada sesiapa pun yang mengetahui isi jantung hati melainkan Allah...
Tiada apa pun yang dapat menghilangkan kedukaan melainkan dengan mengingati-Nya...

Justeru, sentiasalah 'zikrulLah'!



*from Ustaz Hamka's FB (Sorry selalu ceduk your status, can't resist! :), semoga Allah merahmati kamu dan keluargamu)

Friday, October 21, 2011

Musim hujan

Sekarang ni dah masuk musim hujan/tengkujuh rasanya, sebab setiap hari pon hujan, Alhamdulillah...

Lumut di tepi telaga....


Doa ketika turunnya hujan:


اَللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا(Allahumma Shoiyyiban Naafi'an) 
"Ya Allah! Turunkanlah hujan yang bermanfaat (untuk manusia, tanaman dan binatang).”
(HR. Al-Bukhari dengan Fathul Bari 2/518)

Bunga nasi kerabu/ Pokok bunga telang! :)

Pewarna semulajadi :)

Salam Jumaat semua... :)

Aliya is almost 23 months old now... Alhamdulillah, demam Aliya dah sembuh, thank you Allah :)

Sedekah tidak akan mengurangi harta Anda ... bahkan sebaliknya .. (shared from 
 FB) :)

Allah Ta’ala berfirman (artinya):
“Katakanlah, ‘Sesungguhnya Rabbku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya). Dan apa saja yang kamu infakkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya’.” (QS. Saba’ : 39)

مَا نَقَصَتْ صَدَقَـَة ٌمِنْ مَالٍ...

Sedekah itu sekali-kali tidak akan mengurangi harta sedikitpun.

[HR. Muslim]

Monday, October 17, 2011

Orkid Harimau

My mom's waits for almost 20 years for this flower...the huge and beautiful Orkid Harimau!


Saturday, October 15, 2011

Bunga putih


Hari ni gotong-royong, kemas laman rumah sangat penat, cukuplah tengok bunga putih ni untuk damaikan hati, dan fizikal yang tengah kepenatan :) Alhamdulillah Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam acara mengemas store, memotong pokok, menyapu sampah sarap dan memesin rumput...Thanks to Allah :)


Thursday, October 13, 2011

Angry mantis

I was bitten by this praying mantis! Aduh

This is combination of two images...
I only used auto macro mode to focused at praying mantis head.

Tuesday, October 11, 2011

Separuh bulan

Jap tadi g siram bunga, siram malam2 hari sebab lupa nak siram siang nye, terpaku, dengan keindahan bulan purnama... :) ambil gambar dengan lens biasa, dan tiada tripod... then edit gambar guna picnik.com macam biasa :)


Thursday, October 6, 2011

Labah-labah kecik

Selamat pagi  Jumaat semua! :) Alhamdulillah, pagi ni panas, boleh la jemur baju...

Labah2 kecik keluar berjemur diwaktu pagi... 
Hari ini terasa nak share tentang pesanan arwah Abah yang selalu ingat di hati dan kepala ni, hehe:

Masa tingkatan lima dulu, memang tak pandai nak bergaul n berpakaian, bila pergi kelas tuisyen, 'terpakai' baju yang agak kecik/ ketat kot masa tu, huhuhu abah sayang saya, dia tegur... Dia tak kata banyak dan bukan dengan nada marah, katanya, "Ini takde baju besar sikit nak pakai?" Ini tu panggilan kat umah... lepas Abah cakap camtu, memang paham maksud dia, dia suh pakai yang sopan dan tak mendedahkan badan, huhuhu sampai ke hari ni memang selalu ingat pesan ni...insyaAllah harap sangat akan selalu menutup aurat  dengan sebetulnya.

Bukan sahaja aurat di luar rumah yang kena jaga malah aurat di internet juga! Kadang2 kita terupload gambar2 yang mendedahkan lengan tangan, atau mendedahkan kaki. Semoga wanita2 dan lelaki2 muslim tetap menjaga aurat, walaupun di mana sahaja, terutamanya di laman2 sosial n blog2... :) Sayang sekali apabila seseorang itu menjaga auratnya di luar rumah dan mendedahkannya di internet... :) Semoga kita sentiasa berada dalam rahmat dan petunjuk Allah...

Hidup pinjaman Allah yang singkat ini usah dipersia-siakan... insyaAllah...amin