"Assalamualaikum and hello everyone! Thanks for visiting my Blog. All the photos were taken by me, unless indicated otherwise. You can use or reproduce certain contents and images (except for personal notes/ journals) for personal use only."

Blog's quote: Biarlah apa yang ditulis memberi manfaat untuk yang lain, insyaAllah.

Friday, February 3, 2012

Putuskan susu badan dengan bayi :)

Alhamdulillah...After two weeks of  struggled with emotion for both mama and the baby, Mama finally stops breastfeeding. Aliya is not fully accepted yet, but she can adapt it slowly.

Aliya secara eklusifnya minum susu Mama selama dua tahun dua bulan. Memang susah mula-mula dia nak terima, malah, perasan sayu dan sedih juga terkesan untuk Mama. Masa mula-mula mengambil keputusan nekad untuk memberhentikan susu badan untuk Aliya, memang susah dia nak terima, hampir setiap malam selama seminggu dia mengamuk dan menangis bila nak tidur. Susu botol memang dia tak nak sentuh langsung. Yang jadi pengganti hanyalah air kosong sahaja. Kesian dan sayu bila dia merayu-rayu nak minum susu... tapi mama kenalah tabah. Bukannya susu tak ada, bukannya Mama tak nak bagi, tapi cukuplah selama dua tahun Aliya menyusu k. Lagipun mama dah mula rasa sakit bila Aliya menyusu. Besar dah anak Mama. Bolehlah mama tidur nyenyak sikit lepas ni, walaupun terasa kosong sangat bila aliya dah tak menyusu.


Cara yang digunakan hanyalah bermain dengan perasaan dan doa jangan dilupa. Mula-mula nak suruh dia berhenti minum tu, mama sapukan halia skit, terus dia menolak.  Lepas tu, Mama cakap dengan Aliya, cakap elok2 supaya dia tak terasa sedih sangat. Mula-mula Aliya macam faham yang dia dah tak boleh hisap susu mama lagi, tapi yang bab mengamuk, menangis dan merayu tu yang tak tahan. Bila dah keadaan macam ini, Papa la yang akan tolong, tapi biasanya tak menjadi. Terpaksa la mama dukung, pujuk, dan dodoikan Aliya sendiri. Kalau mama dah tak larat dan mengantuk, memang mama biarkan aliya menangis sampailah letih dan tertidur. Kadang-kadang tu memang tertekan dengar Aliya menjerit-jerit. Jadi, mama tahan aje telinga, atau baca doa sambil tangan usap kat dada Aliya supaya dia lebih tenang.

Dalam seminggu pertama percubaan, kadang-kadang terlepas juga susu ni kat Aliya, tapi taklah sekerap dari sebelumnya. Bila siang dia tak menyusu, mama akan bagi untuk tidurkan dia pada malamnya. bila lama-lama tu Aliya dapat berhenti sendiri. Ayat yang selalu digunakan "Aliya dah besar, dah takleh menyusu, kesian mama, sakit bila aliya menyusu", lepas tu dia akan cakap, kesian mama dan cuba tak menyusu... Alhamdulillah, dia dapat terima juga. Apa yang penting, mama yang kena kuat, dan bertegas, barulah Aliya pun kuat juga... Selain tu, cara lain dengan alih perhatian dia untuk menyusu dengan sibukkan dia dengan main, baca buku atau melukis bersama-sama.

Tip diri-sendiri: Kalau anak menangis, biasanya mama tak sanggup nak tengok dan terus bagi susu, jadi, secara emosinya, kita dah memberi satu mesej kepada anak, kalau dia menangis, mama akan bagi susu, jadi dia akan terus menangis meminta susu. Jadi, bertegaslah wahai ibu-ibu kalau nak berhentikan anak dari menyusu.

Sejak Aliya berhenti menyusu, dia nampak lebih berdikari dan pandai tidur sendiri, makan pun berselera saja. :) Alhamdulillah, tugas menyusukan Aliya sepenuh masa akhirnya disempurnakan. Segala cabaran, dan kenangan manis semasa menyusu badan memang berharga. Terima kasih Ya Allah. Ya Allah ampunkan aku disetiap kekurangan diriku ini.