"Assalamualaikum and hello everyone! Thanks for visiting my Blog. All the photos were taken by me, unless indicated otherwise. You can use or reproduce certain contents and images (except for personal notes/ journals) for personal use only."

Blog's quote: Biarlah apa yang ditulis memberi manfaat untuk yang lain, insyaAllah.

Tuesday, September 21, 2010

Seharian lebih perjalanan pulang ke Malaysia

Yes, Mama and Aliya are home!

1. Dari Brookings ke Los Angelas Airport (LAX) ~8jam

Mama, papa dan Aliya bergerak dari Brookings ke Sioux Falls pada jam 12.30pm, memandangkan flight ke Los Angelas Airport (LAX) pada jam 4.45pm. Perjalanan ke Sioux Falls, iaitu bandar terbesar di South Dakota mengambil masa selama 1jam dari Brookings. Kami sempat membeli barang2 dari Walmart and TJMaxx sebelum bergerak ke Airport. Summer yang panas memang memenatkan kami.

While waiting for departure @Sioux Falls Airport

Kami check-in 2jam sebelum departure. Pemeriksaan Imegresen di Sioux Falls masih longgar, tapi Mama diperiksa berasingan dari Papa dan Aliya disebabkan Mama memakai tudung. Alhamdulillah, pegawai yang periksa baik2 aje :). Kami sempat solat Jamaq Zuhur dan Asar di Sioux Falls Airport. Masa departure yang lama memberi ruang kepada kami untuk bersiap sedia dan menguruskan Aliya.


It was Aliya's first flight and she behaved so nice in the plane, Alhamdulillah, besides, Papa was with us and it took 4 hours journey to LAX. We arrived at 6.05pm (Los Angelas time) or 8.05pm (Brookings time).


Tiba di LAX, kami terpaksa berjalan jauh untuk mengambil beg di tempat pengambilan. Keadaan airport yang tidak terurus kerana masih di dalam proses pembaikan memang menyusahkan. Kami terpaksa bersesak2 dan menunggu lama untuk mengambil beg. Aliya pon dah start merengek2 sebab lapar dan ngantuk.


Sesat kat LAX. Berpusing2 cari tempat.

15-20 min jugak baru dapat beg. Pastu kami sesat plak kat situ lebih kurang 30min, sebab nak cari tempat International Departure (ID). berpusing2 dalam bangunan tuh. Electronic Information Center pon tak membantu, sampailah kami tanya pemandu teksi kat luar bangunan. Huh kena jalan jauh lagi, sampaikan kena keluar bangunan plak, keadaan sesak dan panas di luar bangunan memberi gambaran seperti berada di luar bangunan KL sentrel plak..hehe hari pon semakin gelap, hampir jam 9 malam dah. 30min perjalanan ke ID memang menduga lebih2 lagi kami tak makan2 pape dari sahur lagi, perut pon dah start masuk angin.


Akhirnya sampai juga. Hujung sekali tempatnya.

Malaysia Airlines Check-in center berada paling hujung bangunan, akhirnya kami jumpa jugak setelah penat berjalan. sampai aje, kami ke foud court untuk rehatkan badan, solat dan cari makan...huhu perit sikit kat sini, nak solat payah skit, kami alas perut dengan biskut oreo dan coklat, sedikit mee and sandwish vegetarian... sekurang2nya perut kami terisi. Makanan plak memang mahal. Aliya dah mula mengantuk dan menangis2... bila dapat port untuk menyusu memang tido je la dia... :)

2. Dari LAX ke Taiwan ~16jam

Flight MAS MH095 ke KLIA pada jam 12.45am. Mama dan Aliya check-in pada jam 10.30pm. Masa kat imigresen checking memang mencabar, Aliya jaga dan menangis dengan kuat sepanjang pemeriksaan masuk... :( memang cemas sangat, lebih2 lagi kami dah terpisah dari Papa. Papa akan pulang ke Brookings pada malam tu jugak. Beberapa kali beg kami diperiksa, memang makan masa lama, dan Aliya menangis sekuatnya, nak menyusu dan tido, kena la tahan telinga, lagi leceh bila kena bukak kasut dan asingkan laptop dari beg, nasib baik ada sorang imigresen yang membantu, walaupon tak banyak sekurang2 ringan skit beban. Memang menangis la bila lepas pemeriksaan tu. Alhamdulillah, syukur tak terhingga.

Di tempat menunggu, memang ramai sangat orang, tak macam kat Sioux Falls tadi, so, susah skit nak breastfed Aliya... kesian gak kat baby yang tengah lapa, susu botol pon tak mo minum... :( So, kami dudk aje di lantai dan buat donno aje, hehhe memang perit masa menunggu ni, Aliya yang tak selesa duduk dan Mama yang dah terlalu penat dan lapa... :( Mama bertahan dukung dan menenangkan Aliya selama hampir 2jam, huhu penat tak tergambar. Kami yang ada anak diberi pelepasan untuk masuk flight awal, tapi ramai jugak yang ada anak, so beratur pon panjang gak...huhu Bila dah dapat masuk flight memang syukur sangat, pramugari dan pramugara MAS memang banyak membantu... Kami pon diberikan tempat duduk yang lebih selesa walaupon terpaksa duduk di sebelah tok sami dari India.. huhu nasib baik tok sami tu baik2 aje...
Aliya at her bassinet.

Aliya plak diberi tempat di dalam basinet, tempat tido bayi, memang memudahkan Mama. Sepanjang perjalanan Aliya banyak gak tido, penat agaknya, dia ada la nangis2, dan ada masa tu dia memang nak dok kat riba dan main2, memang Mama dapat rehat kejap2 aje...tapi Aliya memang senang nak jaga sepanjang perjalanan kami. 16jam kami di dalam kapal terbang dan akan transit di Taiwan selama 1 jam 30 min.

3. Dari Taiwan ke KLIA ~ 7 jam

Masa kat Taiwan sangat mencabar fizikal Mama. Dalam keadaan penat, terpaksa berjalan jauh ke tempat pemeriksaan dan ke tempat menunggu, dan kena plak dukung Aliya (sebab stroller dia takleh amik dari flight), bawa beg susu Aliya dan beg galas laptop, huhuhu Alhamdulillah diberi kekuatan dari Allah dan berjaya mengharungi detik2 yang memeritkan ini. Nasib baik tak pengsan, hehhe :0)

Bila dah berada di tempat menunggu tu, memang dapat berehat, siapkan Aliya dan bagi Aliya makan. Memang betul2 relief. Alhamdulillah. Jam Taiwan masa ni kul 7pagi, dan samalah masa ngan Malaysia. Kul 7.30am kami akan gerak pulang ke Malaysia. Perjalanan pulang mengambil masa selama 6jam.

Pramugari dan pramugara MAS yang kat flight ni pon memang banyak membantu. Aliya plak masa ni memang tak tido langsung, 4jam perjalanan masih terkawal, 2jam sebelum sampai KLIA, memang dok merengek dan menangis, letih agaknya...memang masa ni kena tahan malu dengan orang sekeliling, harap diaorang paham, huhu, memang rasa bersalah sangat...

Kami tiba awal beberapa minit di KLIA iaitu pada jam 12.15pm, perasaan syukur kepada Allah tak terhingga. Bila sampai di pemeriksaan imigresen, kami terpaksa beurusan di pejabat imigresen kerana tiada passport asal untuk masuk ke Malaysia kerana dokumen2 kami telah dicuri beberapa bulan lepas. Kena tunggu lagi, huhu nasib baik, pegawai2 imigresen ok2 aje... :)


Aliya was so excited and happy when we reached KLIA.

Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya sampai di Malaysia. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

P/s: Kepada sesiapa yang akan menghadapi situasi seperti ini, berdoa dan berserah kepada Allah adalah segalanya. Bila kita berada di situasi susah dan perit, memang kita perlu mengatasinya juga, so, masa tu, insyaAllah, kita akan pandai2 lah membawa diri. Good luck! :)

Sunday, September 19, 2010

Kenapa takut 'hantu'?

Dari kecik hingga lah sekarang, sesetengah orang takut berada tempat yang sunyi dan gelap sebab katanya takut HANTU (ermmm termasuk sekali la kot, hehhe).

Hari tu, my big bro ada tanya, kenapa kita takut hantu? ermmmm nape yer??? mungkin sebab daripada kita masih kecik lagi, hantu ni digambarkan sebagai benda yang menakutkan... mmm betul ke?

Sunday, September 12, 2010

Mercun oooh mercun!

Cantik, tapi BISING..kalau sehari tu boleh tahan, kalau dah berhari2..huhuhu kena lah tahan jugak!

Mercun oh mercun!
  • Kalau bunga api dimainkan tanpa mengganggu jiran tetangga saya sangat TAK KISAH!
  • Kalau mercun yang dipasangkan tak sekuat mana saya masih boleh MAAFKAN.
  • Bila terjaga malam terkejut dengan letupan mercun membuatkan saya sangat SAKIT HATI!
  • Bila baby Aliya terjaga malam sebab bunyi mercun berlarutan sampai jam 1pagi, oh saya dah TAK TAHAN!
  • Ibu bapalah yang memainkan peranan. Bermain mercun tanpa kawalan dan tanpa pengawasan orang dewasa memang mengundang RISIKO. Selain itu, bermain mercun sampai lewat pagi dan berpanjangan membuat bising, memang sangat mengganggu tido jiran tetangga.

Thursday, September 9, 2010

Tuesday, September 7, 2010

Malaysia...It's good to be home!

Gambar Aliya untuk Papa! :)

-> Hati gembira dapat pulang ke Malaysia selepas 15bulan di tempat orang.
-> Hati juga sedih bila mengenangkan suami yang ditinggalkan.
-> Masa cuti 3bulan akan digunakan sebaiknya.
-> Selepas beberapa hari,Aliya sudah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di sini, Alhamdulillah
-> Owh, semalam dapat makan KFC spicy, walaupun orang lain kata biasa aje, tapi dapatlah hilangkan kempunan selama setahun lebih ni, hehe
-> Semalam juga dapat makan roti jala! Thanks ma sebab buat roti jala...I'm sooo happy.. :)
-> Yup, it's good to be home!


Monday, September 6, 2010

Aliya and Kampung

Yesterday, we visited 'tok' and 'moyang' at nenek's(Aliya's grandma) village. Aliya enjoyed her time so much , but the weather was too hot and Aliya wet all the ways...hahhha

notes: Papa, Aliya dah masuk kampung tau!

It's about time (2)...

We're still in Brookings time zone, so-called jet-lag! We hope to recover soon, seem 'Raya' is around the corner...

"Jetlag is actually caused by disruption of your 'body clock', a small cluster of brain cells that controls the timing of biological functions (circadian rhythms), including when you eat and sleep. The body clock is designed for a regular rhythm of daylight and darkness, so it's thrown out of sync when it experiences daylight and darkness at the 'wrong' times in a new time zone. The symptoms of jetlag often persist for days as the internal body clock slowly adjusts to the new time zone~ source"

I googling and found this article about the jet-lag and you can read more here!

Lessen jet-lag after you have arrived the destination by:

  • Getting into the appropriate routine at the new time zone as soon as possible such as eating and sleeping at the appropriate time in the destination and not that at the departure site.
  • Spending time outdoors as natural light helps in the body clock’s adjustment.
  • Continue exercising at the destination but avoid exercising in late evening as it can keep one awake.

Saturday, September 4, 2010

It's about time...

It's been ages I didn't update my blog, huhu I'm so sorry.. so called "balik-kampung-for-raya", and it caused me 27hours journey from Brookings to Kuala Lumpur. Alhamdulillah. No words can describe my feeling when the MH095 MAS landed at KLIA.

Aliya at her bassinet. Malaysian Airlines is the best!