"Assalamualaikum and hello everyone! Thanks for visiting my Blog. All the photos were taken by me, unless indicated otherwise. You can use or reproduce certain contents and images (except for personal notes/ journals) for personal use only."

Blog's quote: Biarlah apa yang ditulis memberi manfaat untuk yang lain, insyaAllah.

Monday, November 14, 2011

Realiti dan maya...

Gambar sekadar hiasan :) Pokok rhu di Tok Bali

Seringkali telupa dan 'tiada' masa untuk meluangkan masa untuk mengingati Allah dengan zikir dan ibadat-ibadat sunat. Lebih mudah pula kita menghabiskan masa di depan komputer, serta gadget-gadget teknologi canggih sekarang ini. Lebih menyedihkan apabila ibadah wajib turut terabai dengan kelalaian kita 'mentelaah' segala aktiviti kenalan di ruangan sosial seperti Facebook , Twitter serta blog-blog . Bahkan, ini telah membawa sesorang menjadi obses dan ketagih untuk membaca dan mengetahui setiap perkembangan kenalan/ rakan sosial di internet.

Bila tidak akses Facebook/ Twitter dalam sehari, rasa tidak tenang memikirkan status-status yang belum dibaca atau ada gambar-gambar yang belum dilihat! 

Sikap ingin tahu itu memang perlu ada pada setiap orang yang hendakkan ilmu pengetahuan setiap masa. Tetapi apabila sikap ingin tahu ini diterjemahkan pada bahasa orang sekarang, sungguh merisaukan apabila sikap ini diaplikasikan tanpa tujuan yang elok seperti ingin tahu tentang perihal orang lain yang langsung tiada kaitan dan impak dengan diri sendiri. Perbuatan ini mengundang kepada sikap dengki, mengumpat dan perlbagai lagi unsur penyakit 'hati'.

Tidak dinafikan pengaruh laman sosial juga dapat memberikan impak yang positif. Informasi yang berguna juga sering dikongsi dan dibaca, malah ia dijadikan sebagai platfom dakwah bagi sesetengah agamawan dan individu. Dengan harapan, perkongsian  isu-isu yang berkaitan dengan agama ini mempunyai sumber-sumber yang jelas dan yakin tentang isinya terlebih dahulu untuk dimanfaatkan buat yang lain.

Sedar atau tidak, kita sekarang ini dikawal oleh teknologi. Dibelenggu dengan kepesatan modenisasi dunia, mengabaikan masa bersama keluarga, suami, isteri, anak-anak, dan rakan-rakan. Aktiviti bersosial  'maya' lebih diutamakan berbanding realitinya. Fikir-fikirkan apabila hubungan ibu-bapa dan anak-anak renggang, hubungan suami dan isteri tidak mesra! Sorang dengan komputer ribanya, dan sorang lagi dengan telefon pintarnya.

Pilihan sentiasa ada pada setiap individu untuk membuat penilaian dan keputusan yang bijak. Sesuaikan masa penggunaan internet dan alat-alat teknologi supaya kita lebih fokus pada apa yang sepatutnya. Masa yang terabai akan menjadi sejarah yang tidak boleh diganti, gunakan sebaiknya untuk yang tersayang.

Allah kita sayang, mengingati Allah akan bertambah sayang dan disayang! InsyaAllah.

Copyright http://www.shaliyaza.blogspot.com/ (by mama)


No comments: