"Assalamualaikum and hello everyone! Thanks for visiting my Blog. All the photos were taken by me, unless indicated otherwise. You can use or reproduce certain contents and images (except for personal notes/ journals) for personal use only."

Blog's quote: Biarlah apa yang ditulis memberi manfaat untuk yang lain, insyaAllah.

Saturday, October 16, 2010

Alam rumah tangga

[1] Orang kata: Jika suami isteri memainkan peranan masing2 sebagai suami/ isteri, maka rumah tangga yang di bina akan bahagia sentiasa.

saya rasa: ya, saya setuju 100%, kalau hanya si suami/ isteri yang menjalankan kewajipan tanpa dibantu pasangan mereka, macam berat sebelah plak rumah tangga tu, so, kena la seimbangkan tugas dan peranan masing2...kenalah sling tolong menolong

[2] Orang kata: Kena jujur dalam sesebuah perhubungan

saya rasa: ya, memang betul, kalau kita betul2 ikhlas dengan pasangan kita, memang jujur tu akan sentiasa ada untuk diri kita, so, memang bila dah kawin, tak pandai nak sembunyikan perasaan dengan yang tersayang, betul tak? :)

[3] Orang kata: Bila dah berumah tangga, aktiviti bersama keluarga (ibu, bapa, dan adik beradik) serta pergaulan antara rakan terbatas.

saya rasa: Memang betul dan begitulah kenyataan hidup! Satu fasa hidup yang baru, dan banyak perubahan akan dialami, tapi kita akan 'enjoy' dengan apa yang kita ada nanti kalau kita betul2 ikhlas dalam perhubungan yang dibina.

[4] Orang kata: Kita ada teman untuk berkongsi suka dan duka dalam segala hal!

saya rasa: Yup, itulah salah satu kelebihan berumah tangga. Tapi yang penting kepercayaan dan kejujuran antara suami/ isteri dan jangan pula menghebahkan hal rumah tangga kat orang lain! :)


p/s: musim orang kawin skang ni! All the best untuk kawan2 yang akan melangsungkan perkahwinan nanti, kami ada sekurang2nya 10 jemputan dari kawan2... tak tahu la sempat hadir ke tak tu... Selamat berbahagia selalu! :)

Jadilah suami/ isteri yang terbaik untuk pasangan, jika kita telah melakukan yang terbaik, tetapi apa yang diharapkan tidak sama dengan digambarkan sebelum berumah tangga, selalulah berdoa dari Allah untuk yang terbaik dan berserahlah dengan yakin kepada Allah. Sabar juga satu nilai yang sangat penting dalam sesebuah perkahwinan.

No comments: