"Assalamualaikum and hello everyone! Thanks for visiting my Blog. All the photos were taken by me, unless indicated otherwise. You can use or reproduce certain contents and images (except for personal notes/ journals) for personal use only."

Blog's quote: Biarlah apa yang ditulis memberi manfaat untuk yang lain, insyaAllah.

Wednesday, October 6, 2010

Lebih berhati2 dalam menulis :)

Risau jika tersilap kata, tersilap tulis, dan terupload gambar2 yang akan mengundang dosa...so, sekarang ni lebih berhati2 dalam mengemaskini blog dan juga Facebook.

Blog shaliayaza pada asalnya dibuat untuk memberi update untuk Ma dan keluarga di kampung, sekaligus blog ini akan dijadikan sebagai journal dan catatan memori untuk di masa depan. Pernah juga terfikir untuk berhenti menulis, sebab bukan semua perkara hidup perlu diceritakan kepada umum, memandangkan sekarang ramai yang begitu telus dan tidak teragak-agak menceritakan setiap aktiviti kehidupan masing2 dan kadang2 ada perkara dan gambar yang tidak sepatutnya didedahkan.

Disebabkan ada galakan dan ada pengikut tetap blog, jadi, blog ini akan dikemaskini setiap kali adanya perkara yang ingin dikongsi. Apa yang diharapkan, tulisan blog ini dapat memberi manfaat dan dapat diambil kebaikannya sebagai panduan yang lain. Terima kasih kepada semua yang menjengah dan mengikuti blog shaliayaza.

p/s: Maaf kerana tidak berpeluang untuk mengemaskini blog dua, tiga minggu ni disebabkan masalah untuk melayari internet.

No comments: