"Assalamualaikum and hello everyone! Thanks for visiting my Blog. All the photos were taken by me, unless indicated otherwise. You can use or reproduce certain contents and images (except for personal notes/ journals) for personal use only."

Blog's quote: Biarlah apa yang ditulis memberi manfaat untuk yang lain, insyaAllah.

Saturday, October 15, 2011

Bunga putih


Hari ni gotong-royong, kemas laman rumah sangat penat, cukuplah tengok bunga putih ni untuk damaikan hati, dan fizikal yang tengah kepenatan :) Alhamdulillah Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam acara mengemas store, memotong pokok, menyapu sampah sarap dan memesin rumput...Thanks to Allah :)


Thursday, October 13, 2011

Sesungguhnya kewajipan HIJAB datangnya dari Tuhan kita yang maha memberi

This video was shared by Ustaz Zahazan Mohamed through his FB. Please click at the link given below. Jom renung2kan :) semoga kita sentiasa tergolong daripada orang yang diberikan petunjuk jalan yang lurus dari Allah, insyaAllah. Salam Jumaat semua :)


Di bawah ni saya copy lirik nasyid dalam video yang dinyanyikan dalam bahasa arab tu... terima kasih ustaz di atas perkongsian yang begitu menyentuh hati ini...


"Wahai saudari jangan terpedaya hasutan syaitan,
sesungguhnya kewajipan hijab datangnya dari Tuhan Yang Maha memberi,
kita telah mendengar kata-kata ajaib dari saudari kita,
ungkapan mereka tidak menyenangkan tentang hijab,
mengatakan antara pakaian hitam dan gelap,
bagaikan diikat khemah di atas tengkuk,
kononnya mereka mangajak untuk membebaskan para gadis,
lalu ditulis tentangnya di dalam buku,
mereka melakar cara berhias yang kononnya tidak merugikan para pemuda,
wahai saudari inilah golongan pembenci umpama serigala,
maka nerakalah seburuk-buruk tempat pembalasan bagi orang yang zalim,
Allah akan membentangkan segala kezaliman mereka di hari perhitungan,
dan syurgalah sebaik-baik tempat kembali"


Gambar sekadar hiasan, hehe :)

Angry mantis

I was bitten by this praying mantis! Aduh

This is combination of two images...
I only used auto macro mode to focused at praying mantis head.

Tuesday, October 11, 2011

Separuh bulan

Jap tadi g siram bunga, siram malam2 hari sebab lupa nak siram siang nye, terpaku, dengan keindahan bulan purnama... :) ambil gambar dengan lens biasa, dan tiada tripod... then edit gambar guna picnik.com macam biasa :)


Monday, October 10, 2011

“Malasnya nak masak!!!” (aku akan berfikir banyak kali sebelum berani untuk guna ayat ini lagi)


TAK BERMAYA. LESU. LAPAR. Tengahari tadi aku TERLUPA makan. Asyik bekerja, kononnya. Aku bergegas pulang. “AAAArrrrgggHH!!!” lupa hendak rendam daging hancur dari peti beku. Lambat lagilah untuk aku memenuhi kehendak perutku ini. Aku MENGELUH. Aku ambil bekas dan rendam daging hancur supaya LEMBUT dan MUDAH dimasak. Aaaaarrrggghhhh MALASNYA nak masak!!!

Biasanya di hujung minggu, aku akan masak ISTIMEWA sedikit untuk diri sendiri. Pada hari-hari biasa. Aku makan sama ada IKAN atau TELUR sahaja sebab itu yang paling cepat untuk disiapkan.  Daging tadi aku akan tumis dengan bawang putih, bawang besar, cili, rempah kari, serbuk kayu manis dan garam. Mungkin aku akan pecahkan telur supaya nampak pekat sedikit. Itu sahaja untuk makan malam ini. Tiada nasi sebab aku sedang dalam satu program DIET. Kurang pengambilan KARBOHIDRAT. Hmmmm perlu kurangkan lagi “15KG” untuk capai berat ideal. Huh SUSAHNYA!!!

Dalam kelaparan, aku rebahkan diri di depan TV. AAArgggghhhh, kenapalah BANTAL di US niLEMBUT-LEMBUT sangat. Aku timbun 3 bantal agar tinggi. Baru SELESA mahu baring. Aku buka TV.Spongebob sedang ke udara. Telatah comel dia pantas membuatkan aku KETAWA . Laparku REDAseketika.

Ku jengah ke dapur. Daging belum cukup lembut. Aku ke komputer. Tetikus ku hala ke layar sesawang. Facebook laman pertama. Ingin menatap wajah-wajah COMEL anakku. KELETAHnya membuatkan aku GEMBIRA. Ku berlayar lagi. Cuba pula mengikuti perkembangan semasa terutama di Malaysia. Entah bagaimana aku terklik ke cerita berkenaan Allahyarham NORAMFAIZUL MOHD NOR.

DAN TIBA-TIBA…

Seperti panah halilintar menghentam dadaku. Jantungku seperti terhenti apabila aku melihat gambar-gambar pelarian SOMALIA yang menderita akibat kemarau. Aku buka youtube. Lagi banyak penderitaan mereka yang aku tonton. Keadaan mereka TAK BERMAYA, keLESUan dan keLAPARan. Mereka bukan seperti aku yang TERLUPA untuk makan, tetapi mungkin mereka sudah TERLUPA APA ITU NIKMAT MAKAN!!!

Aku MENGELUH bila terpaksa menunggu dan berlapar 30minit untuk menjamah makanan dan tak pernah terlintas difikiranku entah berapa lama mereka tunggu untuk dapat sesuap makanan. Aku sabar tunggu daging supaya LEMBUT dan MUDAH dimasak tetapi mereka terus bersabar mengulumBATU YANG KERAS kerana itu yang PALING MUDAH yang mereka boleh dapat. DAN aku masih boleh kata MALASNYA nak masak???

Bantuan perubatan diperlukan

ISTIMEWA bagi aku adalah daging hancur di hujung minggu. IKAN dan TELUR ku anggap makanan biasa. ISTIMEWA bagi mereka adalah sejamah makanan untuk sehari dan aku tidak tahu apa istilah lagi tinggi dari ISTIMEWA kalau mereka dapat menjamah IKAN dan TELUR yang aku makan hamper setiap hari.

Betapa gemuknya aku sehingga aku perlu berDIET dan tak perlu pun KARBOHIDRAT. Angkuh sungguh aku.Jika SUSAH untuk aku kurangkan lagi “15KG”, SUSAH lagi mereka untuk naikkan lagi “15KG” tanpa keperluan zat yang mencukupi. KARBOHIDRAT, PROTEIN, VITAMIN, LEMAK. Tiada lagi piramid dalam imbangan makanan mereka.

Kanak-kanak ini kekurangan zat
Kakak ini baru berumur 30tahun.

Bila aku penat aku baring pada BANTAL YANG LEMBUT dihadapan TV yang cukup SELESA dan aku masih bersungut??? Di khemah-khemah pelarian, mereka berbantalkan batu dan kayu yang pastiTIDAK LEMBUT dan jauh sekali dari SELESA. Dan aku masih bersungut??? Dalam kelaparan aku masih mampu KETAWA. Ketawaku membuatkan laparku REDA. Adakah mereka KETAWA sepertiku untuk meREDAkan rasa lapar mereka? Atau mereka sudah tiada TANGIS untuk meratapi nasib mereka? Dan aku masih MAHU bersungut???

Ku raba dadaku, di mana tulang rusukku? Ku usap pahaku, di mana tulang kakiku?

Apa aku akan makan hari ini?

Anak-anak mereka kurus, keding dan tidak bertenaga. Umpama rangka yang dibalut kain yang melekap. Hilang sudah segala keCOMELan yang patut ada pada setiap kanak-kanak yang sebaya.KELETAH mereka tidak selincah. Layu, mengguna sekerap upaya yang ada untuk menampung nyawa di muka bumi. Melihat wajah-wajah mereka, bolehkah aku berasa GEMBIRA???

Daging hancur sudah siap dimasak. Ku jamah. Tiada rasa. Kifarah Allah mungkin. Aku terlupa garam. Namun, kalau mungkin masin pun, lidah ini sedang kelu hilang deria. Mampukah aku menikmati sambil melihat JIRAN-JIRAN ku menderita?

Kerana itu aku menulis. Aku ingin semat dalam nota Facebook ini. Sebagai peringatan. Sentiasa syukur pada nikmat yang dikurnia. Sentiasa cekal dan tabah dengan ujian yang ditimpa.
Nota ini ingin aku kongsi. Kepada rakan-rakan. Kepada kenalan. Agar aku boleh merayu kepada semua mana tercapai, tidak kira Muslim atau bukan. Mereka ini perlukan bantuan. BANTULAH. Walau 10sen. Cukup mungkin untuk semangkuk jagung seorang. Cukup untuk bertahan mungkin sehari, mungkin dua. InsyaAllah, aku juga akan cuba mana yang terdaya. Mana yang termampu.


Khemah pelarian Somalia

Al-Fatihah untuk arwah NORAMFAIZUL MOHD NOR. Pengorbanan anda membuka mata kepada jutaan yang lain. Semoga Allah merahmatimu. Amiiin.

Al-kisah benar petang tadi.

*Thanks to google image for the photos, but Papa didn't copy the source...huhuhu

-Mat Cak (Papa)-

Sunday, October 9, 2011

Aliya's favorite Aliff Baa Taa nasyid

The nasyid was sang by Kumpulan Alif Iqra' ( if I'm not mistaken). The video animation was created by Bachik Cartoon. The cartoon is so cute! Aliya try to mimic the rhythm and dance like Rayyan! :)




Friday, October 7, 2011

Oh beg silang!

Baru aje tengok rancangan Dr. Oz kat tv pasal nak mengelakkan sakit leher dan sakit belakang, langkah untuk jangka masa panjang iaitu dengan membawa BEG TANGAN/ HAND BAG  yang betul dan tidak terlampau berat.

Berat maksimum yang boleh di bawa oleh badan manusia adalah 10% daripada berat badan nya...so, kira2 la berapa berat beg tangan yang sepatutnya di bawa oleh anda semua untuk kesihatan badan sendiri.

Kata Dr. Oz lagi, beg yang paling baik untuk mengimbangi berat pada badan adalah BEG SILANG/ MESSENGER BAG...  huh lepas ni, kena cari beg silang lah.... :)


Ayat kat bawah ni di ambil dari page Dr. Oz:

"Do a daily bag edit: When you get home for the day, search through for the extra things you picked up and won't need the next day. Keep your bag's weight to a few pounds and switch your carrying shoulder often. If you must bring a heavy bag on some days, balance it with another bag on your other shoulder. Consider purchasing a back-friendly backpack or messenger bag."

Dr. Asri, Indahnya Pengertian Hidup...

"Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri di sini..Merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan..Namun, kita masih tidak sedar tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenar-benarnya..." 



Thursday, October 6, 2011

Labah-labah kecik

Selamat pagi  Jumaat semua! :) Alhamdulillah, pagi ni panas, boleh la jemur baju...

Labah2 kecik keluar berjemur diwaktu pagi... 
Hari ini terasa nak share tentang pesanan arwah Abah yang selalu ingat di hati dan kepala ni, hehe:

Masa tingkatan lima dulu, memang tak pandai nak bergaul n berpakaian, bila pergi kelas tuisyen, 'terpakai' baju yang agak kecik/ ketat kot masa tu, huhuhu abah sayang saya, dia tegur... Dia tak kata banyak dan bukan dengan nada marah, katanya, "Ini takde baju besar sikit nak pakai?" Ini tu panggilan kat umah... lepas Abah cakap camtu, memang paham maksud dia, dia suh pakai yang sopan dan tak mendedahkan badan, huhuhu sampai ke hari ni memang selalu ingat pesan ni...insyaAllah harap sangat akan selalu menutup aurat  dengan sebetulnya.

Bukan sahaja aurat di luar rumah yang kena jaga malah aurat di internet juga! Kadang2 kita terupload gambar2 yang mendedahkan lengan tangan, atau mendedahkan kaki. Semoga wanita2 dan lelaki2 muslim tetap menjaga aurat, walaupun di mana sahaja, terutamanya di laman2 sosial n blog2... :) Sayang sekali apabila seseorang itu menjaga auratnya di luar rumah dan mendedahkannya di internet... :) Semoga kita sentiasa berada dalam rahmat dan petunjuk Allah...

Hidup pinjaman Allah yang singkat ini usah dipersia-siakan... insyaAllah...amin 

Pokok letup-letup

Dulu, masa kecik2, pecahkan buah letup-letup ni dengan dahi, :)
Kenangan masa dulu2....