"Assalamualaikum and hello everyone! Thanks for visiting my Blog. All the photos were taken by me, unless indicated otherwise. You can use or reproduce certain contents and images (except for personal notes/ journals) for personal use only."

Blog's quote: Biarlah apa yang ditulis memberi manfaat untuk yang lain, insyaAllah.

Monday, October 10, 2011

“Malasnya nak masak!!!” (aku akan berfikir banyak kali sebelum berani untuk guna ayat ini lagi)


TAK BERMAYA. LESU. LAPAR. Tengahari tadi aku TERLUPA makan. Asyik bekerja, kononnya. Aku bergegas pulang. “AAAArrrrgggHH!!!” lupa hendak rendam daging hancur dari peti beku. Lambat lagilah untuk aku memenuhi kehendak perutku ini. Aku MENGELUH. Aku ambil bekas dan rendam daging hancur supaya LEMBUT dan MUDAH dimasak. Aaaaarrrggghhhh MALASNYA nak masak!!!

Biasanya di hujung minggu, aku akan masak ISTIMEWA sedikit untuk diri sendiri. Pada hari-hari biasa. Aku makan sama ada IKAN atau TELUR sahaja sebab itu yang paling cepat untuk disiapkan.  Daging tadi aku akan tumis dengan bawang putih, bawang besar, cili, rempah kari, serbuk kayu manis dan garam. Mungkin aku akan pecahkan telur supaya nampak pekat sedikit. Itu sahaja untuk makan malam ini. Tiada nasi sebab aku sedang dalam satu program DIET. Kurang pengambilan KARBOHIDRAT. Hmmmm perlu kurangkan lagi “15KG” untuk capai berat ideal. Huh SUSAHNYA!!!

Dalam kelaparan, aku rebahkan diri di depan TV. AAArgggghhhh, kenapalah BANTAL di US niLEMBUT-LEMBUT sangat. Aku timbun 3 bantal agar tinggi. Baru SELESA mahu baring. Aku buka TV.Spongebob sedang ke udara. Telatah comel dia pantas membuatkan aku KETAWA . Laparku REDAseketika.

Ku jengah ke dapur. Daging belum cukup lembut. Aku ke komputer. Tetikus ku hala ke layar sesawang. Facebook laman pertama. Ingin menatap wajah-wajah COMEL anakku. KELETAHnya membuatkan aku GEMBIRA. Ku berlayar lagi. Cuba pula mengikuti perkembangan semasa terutama di Malaysia. Entah bagaimana aku terklik ke cerita berkenaan Allahyarham NORAMFAIZUL MOHD NOR.

DAN TIBA-TIBA…

Seperti panah halilintar menghentam dadaku. Jantungku seperti terhenti apabila aku melihat gambar-gambar pelarian SOMALIA yang menderita akibat kemarau. Aku buka youtube. Lagi banyak penderitaan mereka yang aku tonton. Keadaan mereka TAK BERMAYA, keLESUan dan keLAPARan. Mereka bukan seperti aku yang TERLUPA untuk makan, tetapi mungkin mereka sudah TERLUPA APA ITU NIKMAT MAKAN!!!

Aku MENGELUH bila terpaksa menunggu dan berlapar 30minit untuk menjamah makanan dan tak pernah terlintas difikiranku entah berapa lama mereka tunggu untuk dapat sesuap makanan. Aku sabar tunggu daging supaya LEMBUT dan MUDAH dimasak tetapi mereka terus bersabar mengulumBATU YANG KERAS kerana itu yang PALING MUDAH yang mereka boleh dapat. DAN aku masih boleh kata MALASNYA nak masak???

Bantuan perubatan diperlukan

ISTIMEWA bagi aku adalah daging hancur di hujung minggu. IKAN dan TELUR ku anggap makanan biasa. ISTIMEWA bagi mereka adalah sejamah makanan untuk sehari dan aku tidak tahu apa istilah lagi tinggi dari ISTIMEWA kalau mereka dapat menjamah IKAN dan TELUR yang aku makan hamper setiap hari.

Betapa gemuknya aku sehingga aku perlu berDIET dan tak perlu pun KARBOHIDRAT. Angkuh sungguh aku.Jika SUSAH untuk aku kurangkan lagi “15KG”, SUSAH lagi mereka untuk naikkan lagi “15KG” tanpa keperluan zat yang mencukupi. KARBOHIDRAT, PROTEIN, VITAMIN, LEMAK. Tiada lagi piramid dalam imbangan makanan mereka.

Kanak-kanak ini kekurangan zat
Kakak ini baru berumur 30tahun.

Bila aku penat aku baring pada BANTAL YANG LEMBUT dihadapan TV yang cukup SELESA dan aku masih bersungut??? Di khemah-khemah pelarian, mereka berbantalkan batu dan kayu yang pastiTIDAK LEMBUT dan jauh sekali dari SELESA. Dan aku masih bersungut??? Dalam kelaparan aku masih mampu KETAWA. Ketawaku membuatkan laparku REDA. Adakah mereka KETAWA sepertiku untuk meREDAkan rasa lapar mereka? Atau mereka sudah tiada TANGIS untuk meratapi nasib mereka? Dan aku masih MAHU bersungut???

Ku raba dadaku, di mana tulang rusukku? Ku usap pahaku, di mana tulang kakiku?

Apa aku akan makan hari ini?

Anak-anak mereka kurus, keding dan tidak bertenaga. Umpama rangka yang dibalut kain yang melekap. Hilang sudah segala keCOMELan yang patut ada pada setiap kanak-kanak yang sebaya.KELETAH mereka tidak selincah. Layu, mengguna sekerap upaya yang ada untuk menampung nyawa di muka bumi. Melihat wajah-wajah mereka, bolehkah aku berasa GEMBIRA???

Daging hancur sudah siap dimasak. Ku jamah. Tiada rasa. Kifarah Allah mungkin. Aku terlupa garam. Namun, kalau mungkin masin pun, lidah ini sedang kelu hilang deria. Mampukah aku menikmati sambil melihat JIRAN-JIRAN ku menderita?

Kerana itu aku menulis. Aku ingin semat dalam nota Facebook ini. Sebagai peringatan. Sentiasa syukur pada nikmat yang dikurnia. Sentiasa cekal dan tabah dengan ujian yang ditimpa.
Nota ini ingin aku kongsi. Kepada rakan-rakan. Kepada kenalan. Agar aku boleh merayu kepada semua mana tercapai, tidak kira Muslim atau bukan. Mereka ini perlukan bantuan. BANTULAH. Walau 10sen. Cukup mungkin untuk semangkuk jagung seorang. Cukup untuk bertahan mungkin sehari, mungkin dua. InsyaAllah, aku juga akan cuba mana yang terdaya. Mana yang termampu.


Khemah pelarian Somalia

Al-Fatihah untuk arwah NORAMFAIZUL MOHD NOR. Pengorbanan anda membuka mata kepada jutaan yang lain. Semoga Allah merahmatimu. Amiiin.

Al-kisah benar petang tadi.

*Thanks to google image for the photos, but Papa didn't copy the source...huhuhu

-Mat Cak (Papa)-

No comments: