"Assalamualaikum and hello everyone! Thanks for visiting my Blog. All the photos were taken by me, unless indicated otherwise. You can use or reproduce certain contents and images (except for personal notes/ journals) for personal use only."

Blog's quote: Biarlah apa yang ditulis memberi manfaat untuk yang lain, insyaAllah.

Monday, October 24, 2011

Sebab apa sesorang manusia bila dia dah meninggal..namanya di bin dan dibintikan kepada ibunya dan bukan bapanya?


Ustazah Nik Zulina Nik Taib (my lovely ustazah) ada post pasal tajuk ni kat FB, n saya amik jawapan daripada komen/ tulisan Abdullah Hakimi dan Anis Husna. Terima kasih ustazah kerana menginzinkan saya copy paste pasal ni...


Dipetik dari komen Abdullah Hakimi:

"Daripada Abi Umamah رضي الله عنه dia telah berkata “

Apabila aku mati, buatlah kepadaku seperti yang telah diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita”, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: 



“Apabila salah seorang daripada saudara kamu mati, lalu kamu ratakan tanah di atas kuburnya, maka hendaklah salah seorang dari kamu berdiri di kepala kuburnya, kemudian serulah: Wahai fulan Bin fulanah (sebut nama ibunya), maka si mati akan mendengar seruan itu tetapi ia tidak menjawab. Kemudian hendaklah diserukan sekali lagi dengan berkata: Wahai fulan Bin Fulanah, maka pada saat itu si mati akan bangun dan duduk. Kemudian hendaklah diserukan lagi, maka si mati akan menyahut seraya berkata: “berilah daku peringatan semoga Allah merahmatimu”. Si mati akan berkata demikian tetapi kamu tidak menyedari. Kemudian hendaklah orang yang menyeru itu berkata: “Ingatlah saudaraku akan i’tikad tauhid yang menjadi peganganmu di dunia dahulu iaitu dua kalimah syahadah: bahwasanya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahwasanya Nabi Muhammad S.A.W ialah hamba dan pesuruh-Nya, dan bahawa engkau telah reda Allah sebagai tuhanmu, Islam sebagai agamamu, Muhammad sebagai nabimu dan al-Quran sebagai imammu (petunjukmu)”. Lantaran itu Munkar dan Nakir saling memegang tangan satu sama lain seraya berkata: “Marilah kita pergi dari orang yang telah diajarkan hujah-hujahnya”, maka Allah yang menjadi hujahnya terhadap dua malaikat itu. Seorang lelaki bertanya: “Ya Rasulullah! Jika tidak diketahui nama ibunya. Jawab baginda S.A.W: “Nasabkanlah dia kepada Hawa (isteri nabi Adam a.s), wahai Fulan Bin Hawa!”.

Hadisini diriwayat oleh Tabarani. Dan berkata Hafis Ibnu Hajar Al-askalani pada kitabnya Al-Tahlisul Habir “sanad ini sanad yang elok”. dan hadith ini telah dikuatkan oleh Imam Al-Hafiz Ad-Dhiya dalam kitab Ahkam.



sumber : halaqah.net ..dari :Ustaz Mohammad Elias bin Aizuddin Abdul Jalil "



Di petik dari komen Anis Husna (my friend from SMKDAM).. " dgr dlm tanyalah ustaz td... dato' harun din kata ade byk sbb...


1) penghormatan terakhir untuk si ibu... sbb ibu yg mengandung, menyusu dan byk berjasa pada anak. 


2) ibu tu confirm ibu kite, tp ayah blum tntu lagi. sbb ade isteri wlaupun dah ade suami masih melakukan mksiat dgn lelaki lain..."

2 comments:

Hjh Nik Zulina said...

Bangganya dapat jadi ibu...mudah2an ibu mithali.

mama | papa |aliya said...

:) insyaAllah...aminnn