"Assalamualaikum and hello everyone! Thanks for visiting my Blog. All the photos were taken by me, unless indicated otherwise. You can use or reproduce certain contents and images (except for personal notes/ journals) for personal use only."

Blog's quote: Biarlah apa yang ditulis memberi manfaat untuk yang lain, insyaAllah.

Wednesday, July 7, 2010

Mount Rushmore Adventure!


Hari pertama (3 Julai, Sabtu)

Percutian last minutes, tak ade rancangan, takde tentative, tup2 hari Jumaat tu decide nak g holiday sebab Papa cuti hari Isnin sebab 4th July tu hari merdeka kat US. Tengah hari ke malam sibuk nak booking hotel, nak sewa kereta, nak beli makanan, dll. Mula2 plan nak g Chicago, servey tiket flight, alih2 lupa plak yang kami semua takde dokumen sebab dihilangkan Fedex bulan 3 yang lepas. So, nak elak masalah kat airport, so decide nak g tempat yang boleh gerak ngan kete aje la..so, tu yang buat keputusan nak g Mount Rushmore (MR), Mama panggil as bukit ukir (kepala presiden). Perjalanan ke MR tu lebih kurang 6-7jam.


Aliya mula2 excited naik kete, sejam perjalanan start nangis, boring kot dia..

Kami gerak awal pagi Sabtu, lebih kurang kul 8am. Kami naik kereta sewa Chevy Malibu. Kereta kami tak mampu nak jalan jauh2 sebab tak servis.

Mama goreng nasi as bekal sepanjang perjalanan sebab nanti susah nak cari makanan halal.

Dalam dua jam perjalanan (jan 10am), kami sampai di Camberlain. Kat sini ada satu tasik yang sangat besar, tasik Francis Case Lyman County (Missouri River). Subhanallah! cantik sungguh, dikelilingi bukit hijau, ada jambatan, then awan memutih, langit pon biru terang, nyaman sungguh rasa. Kami berenti tepi tasik then makan nasi goreng! :)


Tasik

Ladang rumput sepanjang perjalanan kami

Kami gerak lepas 15-20minit kami kat situ. Sepanjang jalan kami dapat lihat padang2 rumput, ladang jagung, memang kawasan padang dan ladang aje lah, tak banyak bangunan pon, memang nyaman dan menenangkan minda. Alhamdulillah. :)

Kul 12pm, kami singgah di Shell nak isi minyak, pastu tengok ada cam tempat koboi, tak sengaja tersinggah kat 1880 Town! Apa ada kat sini? kat bawah ni ada sedikit penerangan pasal tempat ni:

"Walk down Main Street of this 1880 town and explore more than 30 buildings authentically furnished with thousands of relics. Enjoy the rolling terrain of sprawling homestead and envision life on the prairie. While at the 1880 town, you can also view memorabilia from the late Casey Tibbs, a champion rodeo bronc rider, and many props that were used in filming the movie "Dances with Wolves". ~1880 Town"


Bandar asal South Dakota pada tahun 1880

Kami stay sini hampir sejam gak, g round2 tengok bandar2 lama zaman2 koboi masa tahun 1880. Matahari terik sangat, buat Aliya tak selese..huhu Then, jam satu lebih tu kami gerak menuju ke bandar Rapids City, tempat hotel kami menginap nanti, Days Inn Hotel.

Kami lalui Badlands National Park masa nak g Rapids City. Tempat Badlands ni dipenuhi dengan batu2 dalam laut. Tempat ni sebenarnya laut masa ketika dahulu, then laut kering, so, jadi kawasan berbukit2, berbatu2, memang incredibly beautiful!! Subhanallah. Kami ni nak lalu aje, sebab nanti balik baru nak singgah betul2 amik gambar.


Badlands. Banyak gambar di hari ke-3 nanti.

A ah, fyi, Rapids City guna Mountain time iaitu lewat sejam dari masa kat Brookings yang guna central time. So, masa yang akan ditulis lepas2 ni akan guna Mountain time, huhu keliru skit.. Kami sampai hotel dan check-in jam 3.30pm (ni mountain time la yer, kalau waktu sebenar kat Brookings jam 4.30 petang dah, dan waktu kat Mesia kul 3.30pagi).

Alhamdulillah, lega dapat sampai hotel dengan selamat, bilik hotel muat katil queen satu, selesa gak walau kecik, sesuai la untuk kami bertiga. Perjalanan yang meletihkan, Aliya pon lega aje bila dapat baring kat tilam, kalau tak dok nangis dalam kete, lenguh kut dok kat baby seat lama sangat.

Kul 7.30 g cari Walmart, nak beli makanan. Kami beli nasi segera yang ada sayur, boleh microwave selama 90 saat, then boleh makan daa. Kami beli telur, ikan sardin. So ni la makanan bekal untuk besok plak. Malam ni makan roti ngan pisang aje lah...

Kul 9.30 sampai hotel, smayang dan tido..huh penatttt sangat.

Hari kedua (4 Julai, Ahad)

Kami bangun seawal kul 4.30am untuk subuh, subuh kul 3.45pagi rasanya, tapi tebangun kul 4.30am sebab tak larat badan, nasib baik syuruk kul 5.30am. Awal2 lagi kami g microwave nasi segera kat dapur hotel, hehhe then rebus telur guna coffee maker, telur buat lauk. Bila semua masak, kami gaul semua benda, buat cam nasi goreng, taruk garam dan black pepper. Yummy.. Alhamdulillah rezeki hari ni.

Kami gerak ke MR dalam kul 7.35am, tunggu Aliya bangun dulu, kesian kalau nak jagakan dia..

10min perjalanan ke MR, kami singgah di Reptile Gardens, ni memang tak plan pon, tengok ada billboards kat tepi2 jalan, so singgah la. We waited for 15minutes outside because the place is open at 8am. Kami stay sini selama sejam. Apa yang ada sini?? hehhe macam zoo, tapi zoo untuk reptilia. Ada buaya, ada biawak, ada kura2 gergasi, macam2 la ada. seronok, tempat dia best. :)


Reptile Gardens

Kul 9 Kami gerak ke MR, sampai gak akhirnya, dalam 34 minit perjalanan. Jalan ke sana agak berbukit2 jugak, jalan bengkang bengkok, tapi nasib la tak banyak kereta walau pon orang ramai...tak tau la nape tak sesak, tapi kami suka! Kami parking kat open roof yang boleh nampak mount rushmore terus, kena jalan naik atas lagi untuk g main entrance dia untuk bergambar. Manusia ramai sungguh, orang tempatan, pelancong yang macam kami pon sangat ramai, nak jalan naik atas berasak2, huhu tak best nak amik gambar, tapi memang cantik sangat tempat ni, speechless bila sampai atas..


Akhirnya kami sampai di Mount Rushmore! Awan mendung, ni sebelum hujan.

Aliya papa dukung dengan snugger, Mama plak dok sibuk angkut barang2 kamera, hehhe bila aje sampai main entrance dia, snap 2,3 gambar, then hujan..huhuuhu takde rezeki nak stay lama2, so, kami berlari2 la turun balik ke tempat parking, nasib baik Aliya tak kena hujan. So, kami decide g Crazy Horse Monument dulu, tak jauh dari sini, dalam 10min tak sampai. Tapi kat sini pon hujan gak, makin lama makin lebat, uhuhuh kami stay kat dalam dewan pameran ajelah, tak berpeluang ke gunung yang ada ukir kepala Crazy Horse tu.


Crazy Horse Monument

Ada apa kat Crazy Horse Monument ni??? Crazy Horse tu adalah nama ketua red indian yang memperjuangkan tanah mereka dari di rampas oleh orang2 putih ni, kira hero red indian lah ni. Kat situ orang putih ni plak nak buat ukiran Crazy Horse naik kuda, tapi tak siap lagi, ada kepala aje, kuda, tangan, badan semuanya takde lagi, susah rupanya nak ukir gunung ni, sebab projek ni start tahun 1948 lagi, tapi tak siap banyak pon..sebab masalah budget pon ye gak, yang buat ukiran ni buat secara sukerala samalah macam Mount Rushmore tu, so tunggu orang derma baru bulih ukir2, letup2 bukit.

Kat sini tak dapat amik gambar, hujan lebat la kan, so, g amik2 gambar kat tempat pameran dia aje dalam dewan. Takde benda menarik sangat sini, hujan buat aktiviti terhad, tiket nak masuk pon mahal, $20. Tapi apa yang best sini, ada sorang nenek tua, american lah, dok geram kat Aliya, siap nak bergambar, nak main2 ngan Aliya, then anak nenek tu ada bagi duit $15 kat Aliya, hehhe. Tak leh nak letak gambar dia, sebab tak menutup aurat, huu. Stay sini selama 30min, then gerak ke Hot Spring.


Pekan Hot Spring

Permandangan cantik sepanjang perjalanan kami ke Mammoth Site.

Mammoth Site, Hot Spring.

Kat bandar Hot Spring ni ada Mammoth Site. Subhanallah, perjalanan kami di penuhi dengan permandangan indah, memang cantik tak tergambar, kawasan hijau yang berbukit bukau, ada binatang2 liar macam bison, dan rusa (pronghorn antelope). Boleh amik gambar dekat2, tapi tak berani. hehhe Kul 1pm kami sampai di bandar Hot Spring. Klasik sungguh bandar dia, bangunan2 klasik, hijau bukit bukau, nyaman aje, udara segar sungguh. Ada apa kat Mammoth Site ni?? Tengok bawah ni:


Satu jam kami kat sini. Kami enjoy sangat, tengok fosil2 Mammoth, memang menarik, tapi, Mama plak macam nak demam sebab kena hujan masa kat Crazy Horse tadi, selesema, sakit kepala dah, bila nak balik tu, makan nasi dulu, rehat2, bagi makan Aliya. Masa kami makan tu, ada sorang makcik datang ke kereta kami, minta tolong nak jump start mini van dia, Alhamdulillah, kami dapat tolong diaorang, nasib baik Papa bawa jump starter kat kete. Last2 dia bagi 15 dollar walaupon kami menolak.

Dari Mammoth Site, kami gerak ke Custer State Park. Dalam perjalanan tu, singgah farmasi, beli ubat demam, Mama makan ubat dan tido sepanjang perjalanan ke Custer Park. Perjalanan amik masa sejam, sepanjang2 tu kami lalui hutan dan bukit2 yang penuh dengan pokok pine, Subhanallah, memang indah yang amat, huhu terasa nak bawak satu family datang sini.


Custer State Park. It's gorgeous?

Kat Custer tu, cuma road tour, tapi roud tour yang sangat best!!! Permadangan memang 10bintang...Kami lalui kawasan bukit hijau, hutan pine, kawan bukit batu2, terowong bawah bukit, terowong batu, jumpa tasik, jumpa binatang2 tepi2 jalan. Penghujung road trip tu, kami berenti solat zuhur dan asar tepi jalan, ni dah kul 7pm. Nasib baik tak gelap lagi, sebab maghrib kul 8.30malam. Dari Custer kami plan untuk ke Mount Rushmore lagi, sebab cuaca cam dah ok.

Dalam 45min perjalanan kami sampai di Mount Rushmore lagi sekali, pertunjukan lampu plak start pukul 9, so, kami gerak dulu ke bandar Keystone, 5min je dari MR. Kat bandar Keystone ni, kami naik kereta kabel, naik bukit, dari sini pon dapat nampak mount rushmore, huhuu sgt indah, sambil2 tengok sunset sekali. Alhamdulillah, kami berpeluang merasa pengalaman yang indah ni.

Cable car at Keystone.

Mount Rushmore at night

Kami naik Mount Rushmore kul 8.30pm, setting camera, set tempat Aliya kat stroller dia. Huh kami tak bawak baju tebal la, sejuk plak kat sini, so gamble aje la, snap gambar family, tengok2 low battery sudaa, huhu so, jimat snap untuk light show.. Tunggu2, takde pon light show lagi, yang ada cuma ada slide show pasal sejarah 4 presiden, pasal USA la, macam2 sejarah la, Aliya plak dok nangis2 ngantuk, cian dia. 45 min kat sana takde pape pon, then kemuncaknya, diaorang cuma pasang lampu suluh kepala2 ukir tu je, huhuhuhu takde pon light show!!!! kecewa, kalau tahu cam ni memang kami turun ke Rapids City untuk tengok bunga api aje la, huhu tak apa, memang takde rezeki. Kami balik ke hotel dengan perasaan kecewa, tapi perasaan gembira mengatasi segalanya. Memang panjang hari kami, macam2 tempat dan pengalaman yang kami tempuhi, Alhamdulillah sangat, segala urusan kami dipermudahkan, kat hotel, kami smayang, Aliya minum susu dan tido, semua orang penat.

Hari ketiga (5 Julai, Isnin)

Kul 9am check out lepas breakfast menuju ke Dinosaur Park tak jauh dari hotel, dalam 5-10min sampai. Dok kat situ lebih kurang 45min, bergambar, tengok permadangan, dan rilex2, sebelum gerak balik. Kami akan melalui Badlands road sekali lagi.


Dinasour Park at Rapids City.

Kami sampai di Badlands kul 11.15am. Kat sini banyak tempat singgah dan dapat berenti tepi2 jalan, viewpoint. First stop kami di Pinnacles entrance overlook. Amik gambar sampai kul 12pm, turun bawah tempat berbatu2, siap ada tangga. 45min kat sini, then kami gerak lagi, tengok2 permandangan yang luar biasa rasanya, Subhanallah, memang menakjubkan.


Badlands

Kami round2, snap2 kat Badlands sampai kul 3.30pm. Dari sini, perjalanan balik ke Brooking ambil masa 5jam 15min.

*Guna masa central plak (tambah sejam)
Kul 7.10 malam berenti kat Tasik Francis Case Lyman County untuk solat zuhur dan asar. Kali ni sembahyang tepi jalan. Dari sini, lagi 2jam 45min lagi nak sampai Brookings.

On the way tu, kami nampak signboard nak g Corn Palace, so, kami pon singgah la ke Corn Palace jap, masa tu kul 8malam dah, tapi still terang, tak sunset lagi. Kul 9.15 baru maghrib rasanya. Dok kat situ 45min. Corn Palace ni dibuat dari jagung2, menarik sangat.


Mitchell Corn Palace.

Kul 8.45 kami pulang balik, sampai umah dah kul 10.30pm. Bergegas smayang maghrib, then tunggu isyak kul 11.05pm. Alhamdulillah, tamatlah percutian kami. There are 3 words I can say about this vacation: AWESOME, AWESOME and AWESOME! Alhamdulillah.

No comments: