"Assalamualaikum and hello everyone! Thanks for visiting my Blog. All the photos were taken by me, unless indicated otherwise. You can use or reproduce certain contents and images (except for personal notes/ journals) for personal use only."

Blog's quote: Biarlah apa yang ditulis memberi manfaat untuk yang lain, insyaAllah.

Monday, May 3, 2010

Pengalaman melahirkan Aliya di Brookings, SD, USA


This is my baby Aliya Samirah. She was born on Dec 1st, 2009 at Brookings Hospital. It took me 28 hours in labor room before delivery. It was a wonderful experience yet painful :).
1st day measurement: * weight: 3.6kg, * length: 19.5 inch

Aliya dilahirkan pada December 1, 2009, lebih kurang 5 bulan yang lepas. Cepatnya masa berlalu, rasa macam baru2 aje menlahirkan Aliya. Alhamdulillah, perjalanan kami untuk menjaga dan menguruskan Aliya dipermudahkan Allah walaupun tanpa Ma sayang, ahli keluarga dan teman di sisi.

Due date untuk bayi lahir adalah 27/11/2009, tapi Aliya takmo2 kuar, dan tanda2 pon takde…perut dah makin membesar, dan tak larat dah nak berjalan. Masa akhir2 nak beranak ni memang meletihkan, asyik2 kencing setiap minit. Doktor kata bila bayi besar, dia akan menolak pundi kencing mama sampaikan setiap masa pon akan ke tandas, normallah ni.

Last medical check-up ngan doctor pada 25/11/2009. Doktor kata, kalau tanda2 untuk melahirkan anak masih takde, so, doctor setkan tarikh untuk melahirkan Aliya iaitu 30hb November (beranak paksa la ni). Tunggu punya tunggu memang takde tanda sakit or contraction pon, water break sah2 la tak de jugak kan, hehhe.

FYI: “Labor contraction tu adalah rasa sakit nak beranak, akan rasa lebih kerap bila masa bayi nak kuar tu dah dekat, kadang2 tu dalam seminggu sebelum beranak rasa sikit2, bila dah dekat rasa sakit dan tarikan pada rahim makin kuat, so masa ni kena cepat2 la pegi hospital! Rasanya macam nak buang air besar pon ada rasa macam sakit senggugut pon ada, memang menyakitkan.”


Mama disuruh oleh doctor untuk masuk wad pada 29hb November malam, iaitu hari Ahad.

29 Noverber 2009:
Masuk dan register kat wad OB bilik A lebih kurang kul 7 malam. Bilik besar, ada TV, ada toilet, kerusi tido ada 3. Sampai2 aje nurse perkenalkan diri, bagi info pasal nak beranak, dan bagi borang2 yang perlu diisi dan di tandatangan…huh banyak sungguh borang2 kena isi, pasal bayi, pasal peraturan hospital, pasal insurance dan pelbagai lagi, tapi ni keje papa lah..hehhe

Malam tu ada dua nurse yang jaga, kebetulan pulak masa mama nak melahirkan Aliya tu, takde orang lain pon yang nak beranak kat situ, so, nurse dan doctor memang focus kat mama ajela. Nurse2 ni ditugaskan untuk jaga mama sorang dan sorang nurse lagi bersiap sedia untuk Aliya.

Kul 8, Doktor mama iaitu dr. Gudvagen datang bertanya khabar. Suka ngan doctor ni sebab dia baik sangat, dia dah tua sikit, dah ada cucu rasanya… Caring dan baik hati.

Kul 8.30 nurse bagi ubat induce pertama, ubat ni sebagai pemangkin untuk mempercepatkan process untuk bayi lahir. Pastu masa ni la nurse taruk heart bit detector kat sekeliling perut…huh sampai gatal2 perut hehhe. Pastu, dapat dengar denyutan jantung Aliya, rasa cam lega sangat tau Aliya normal dan sihat seadanya.

Lepas nurse bagi ubat, mama cuba tido, dan rehatkan badan sebab nanti nak beranak kena guna tenaga banyak nurse kata. Tapi still tak boleh nak lelap sangat, setiap minit pon g toilet, kena angkut wayar2 yang bersambung kat perut, huh seksa sungguh, nasib baik ada papa dan nurse yang tolong pimpin mama g toilet, hehe. Sambil2 nak tido tu ada plak nurse datang nak check bukaan servik, katanya kepala bayi masih jauh kebelakang, bukaan tu dah terbuka 2-3 inch dah, tapi bayi tak mo2 jugak turun bawah.

30 November 2009:
Kul 12.30pagi, nurse bagi ubat induce yang ke-2..setiap 4 jam sekali ubat akan diberikan. Papa balik umah jap untuk amik barang2. Jarak rumah hanya 10minit dari Hospital Brookings. Errmmm keadaan mama still cam biasa, tak rasa sakit perut pon, kalau sakit pon sebab lapa..hehhe pastu minta biskut n air jus dari nurse untuk alas perut.

Kul 4.30 pagi nurse bagi ubat yang ke-3, keadaan still sama, adalah bleeding skit2 tapi tak ketara sangat. Pastu mama tido dengan nyenyak sebab dan letih sangat, tu pon 2 jam tido, samapi kul 6 pagi. Kul 7.30 pagi doctor datang check perut. Kata doctor, kul 8.30pagi, nurse bagi ubat yang ke-4, tak de tanda2 nak beranak jugak, nurse bagi plak ubat yang kuat skit . Keadaan still sama sampai kan kul 1. Memang penat dan letih sangat menunggu Aliya. Kul 1.15pm, water break by force! (doctor yang pecahkan), pastu, nurse dah taruk wayar dari pundi kencing, so, pasni takyah g toilet lagi untuk kencing….hehhe senang

Pastu air ketuban terus keluar, sakit pon rasa dah, sikit2 lama2 makin sakit, keadaan berlarutan sampailah bayi mau keluar, iaitu dalam keadaan labor constraction lebih kurang 12jam. Huh memang dugaan, menahan sakit sampai terketar2 badan…Alhamdulillah, sakitnya boleh ditanggung lagi…

1 December 2009:
Kul 12.30 pagi , 1 December 2009, doctor dan nurse bersedia nak ‘bidankan’ mama. Masa ni sakit tak tertahan, rasa tarikan pada rahim setiap 5min. Doktor dah ready, doctor kata, bila rasa sakit, tarik nafas dan push. Aliya keluar dengan smooth aje lepas 7 kali sakit dan 21kali push (setiap kali sakit kena push 3kali), doctor terus campak Aliya kat perut mama, huh mama terus menangis sebab terharu, takde perasaan dan letih yang amat, malam tu mama tak hiraukan Aliya sangat, hehhe sebab cam tak percaya ada anak,macam dalamkejutan lagi…hehhe pastu memang tido dan rehat, so, nurse dan papa yang jaga bayi. Papa terus called nenek, tok nah dan skype ngan nenek, huhuh mama masa ni memang takleh cakap or tengok nenek sebab sedih sangat sebab Ma takde kat sisi masa masa Aliya lahir… hehe

Masa Aliya lahir tu, salji start turun, memutih kat luar, rasa nyaman dan tenang aje… J Alhamdulillah.

2 December 2009:
Mama dan Aliya still warded pada 2 December tu. Sepatutnya dah boleh discharge petang tu, tapi darah keluar dengan banyak, tekanan darah rendah sangat, sampaikan tak bermaya nak bangun, doctor terpaksa buat tranfusi darah, masuk darah lebih kurang 2pine. Time2 mama tak berapa nak sihat lagi ni, Aliya plak tak sihat, badan Aliya keluar bintik2 merah kecik2, doctor suspek sakit jantung, pastu, Aliya kena transfer ke Hospital Besar kat Sioux Falls, lebih kurang 1-2jam dari Hospital Brookings. Papa temankan Aliya ke sana, mama tinggal sorang2 aje kat Hospital Brookings. Nasib baik nurse ada, banyak tolong, dan mama rehat aje, sebab letih yang amat sangat, memang seharian tido…rindu pada Aliya dan papa.

Masa ni sedih sangat pk pasal Aliya, berdoa dan berserah semuanya kepada Allah. Petang tu papa balik ke mama, tinggalkan Aliya plak sorang2 kat Hospital Sioux Falls. Huh memang dugaan sungguh buat Mama dan Papa.

3 December 2009:
Mama discharge dari hospital lepas lunch. Kat hospital tu makan ikan salmon bakar dan sayur, dengan penne pasta. Ni la makanan sepanjang dok hospital sebab benda2 lain takleh makan, tak halal. Papa nak balik masak tak sempat. Kesian jugak kat papa benyak benda kena uruskan sorang, tapi Alhamdulillah, segalanya ok.

4 December 2009:
Mama dan Papa pergi ke Hospital Sioux Falls untuk ambil Aliya.Heng, kawan papa yang tolong drive kitarang ke sana. Alhamdulillah, lepas medical checkup dari pakar kanak2, Aliya disahkan sihat. Bersyukur sangat. Aliya jumpa mama lepas 4 hari.huhuh memang rindu, katil dan tempat Aliya memang dah prepare, Alhamdulllah segala dipermudahkan.

Terima kasih pada papa yang tolong mama sepanjang mama berpantang, papa yang masakkan, uruskan Aliya. Tugas mama menyusu aliya dan kadang2 kala tukar lampin dan bersihkan Aliya. Semua benda kena uruskan sendiri, Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan.

Makan masa berpantang memag tak berapa nak lalu, papa masakkan sayur kukus, dan ikan bakar setiap kali makan. Kadang2 tu papa bakarkan ayam, letak banyak black pepper (pesan dari ma). Masa berpantang ni semua benda kena berhati2, jalan pelan2 banyakkan rehat. Tapi dua minggu berpantang dah pergi ke Walmart, Ma tegur! hehhe terus stay kat umah sampai ke hari-40 berpantang..ehhehhe so, jagalah diri masa berpantang dan lepas beranak..nanti di hari tua, cepat dapat sakit pinggang dan sakit badan plak, pesan Ma.

Pesanan: untuk sesiapa yang berjauhan dari keluarga semasa melahirkan bayi, insyaAllah, senang untuk menjaga bayi, kena banyak bersabar dan doa supaya bayi tak banyak nangis. Alhamdulillah, Aliya senang nak jaga, tak banyak nangis dan suka je sengih2. Kalau ada pape masalah pada bayi, kena terus rujuk dan contact doktor. Good luck!

Tamat. Alhamdulillah.

2 comments:

Emma Manson said...

Oit... aku baru dapat blog kau dari bloglist Syima. Hehe.

Honestly aku dah bergenang air mata baca cite kau ni... Rasa terharu sangat kau dapat baby. Huhu.

Take care.

aza said...

Emma thanks! :)