Our branch and lucnh for today :) Alhamdulillah bersama jus (strawberry + anggur + orange)
Resipi (untuk 2 pinggan):
1. Spaghetti/ mee/ mihun/ nasi (rasanya semuanya sesuai)
2. Barang untuk dikisar ( jumlah barang tu boleh secukup rasa citarasa sendiri lah yer)
- Bawang merah (4-5 biji)
- bawang putih (3 biji)
- Lada kering (4 keping, tapi bergantung kepada tahap pedas yg diinginkan)
- Buah tomato (separuh buah tomato besar)
- Ikan bilis (sejemput dua, nak buat rasa ikan)
3. Daging ayam/ lauk
4. Sayur-mayur
5. Garam
5. Minyak untuk menumis
Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak, dan masukkan bahan-bahan kisar. Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan daging ayam/ lauk, kacau sebati dan tunggu sehingga lauk masak. (jika macam nak kering, tambah air sedikit2)
3. Masukkan sayur-sayur yang keras dulu, kemudian tunggu sayur sedikit lembut, masukkan sayur daun yang lembut. Kacau sehingga rata.
4. Masukkan garam secukupnya.
5. Masukkan spaghetti/ mee/ mihun/ nasi dan kacau rata, tutup api dan sudah siap untuk dihidang.
Nota:
Kami guna spaghetti sebab kat sini takde mee/ mihun. Pagi ni pula kami goreng nasi guna bahan yang sama, dan rasanya juga ok, kami suka :)
Maaflah kalau resipi ni tak kena selera yang mencuba...
No comments:
Post a Comment