(1) Chicken
(2) Mayonnaise/ Plain yogurt
(3) Celery stalks
(4) Fried onion
(5) salt
Langkah2:
Biasanya separuh ayam saiz sederhana yang digunakan, tapi, terpulang la pada masing2 kan....
- Mula2 goreng bawang besar, separuh labu aje kalau bawang tu besar, kalau bawang kecik guna sebiji (secukupnya untuk diperap dengan ayam nanti)
- Bila bawang dah kekuningan dan berbau harummm, hehhe tutup api, then angkat, so boleh la di gaul dengan ayam yang dibasuh bersih
- Letakkan mayonis atau plain yogurt dalam 2-4 sudu (tapi, taruk je as you desire k) tapi kalau banyak sangat pon nanti masam plak..secukup rasa la eh...
- Potong celery stalk kecik2 dalam sebatang setengah then gaul ngan ayam tu sekali
- taruk garam secukup rasa, jangan banyak2.
- Gaulkan semua benda dan perap dalam 30min, suka hati la lama mana pon k, kalau agak2 tak de masa, gaul2 then taruk je dalam oven, hehhe
- masa dok tunggu perap, panaskan oven dalm 400°F , jangan lah panaskan sampai setengah jam , hehhe dalam beberapa minit je sebelum nak masukkan ayam... then bakar ayam selama 30minit, atau pon selama ayam tu masak la kan, dekat2 nak masak tu boleh pelankan suhu ke 350°F.. selalu la check ayam tu, takut hangus plak, huhu
Bila dah masak boleh lah dimakan ngan nasi, atau pon ratah and cicah ngan cili sos pon best gak, hehhe
No comments:
Post a Comment