"Assalamualaikum and hello everyone! Thanks for visiting my Blog. All the photos were taken by me, unless indicated otherwise. You can use or reproduce certain contents and images (except for personal notes/ journals) for personal use only."

Blog's quote: Biarlah apa yang ditulis memberi manfaat untuk yang lain, insyaAllah.

Thursday, June 24, 2010

Kawan: Jangan bergaduh terlalu lama!

Di alam universiti, saya mengalami pelbagai pengalaman berkawan, bermula di matrikulasi lagi bahkan di sekolah pon, pelbagai cabaran dan dugaan menimpa, betullah kata orang, kalau nak berkawan, pilih yang baik-baik dan beringat2 bila berkawan. Kawan ni boleh menghanyutkan kita dan dalam masa sama kawan ni boleh membawa kita ke jalan kebaikan, so, kawan bagaimana yang anda ada sekarang?

Kita biasa lalui dan dengar, dua kawan baik, sekarang ni boleh lah sebut as BFF, tiba2 terputus hubungan disebabkan salah faham, gaduh kecil, disebabkan lelaki pun ada. Biasanya benda2 camni melibatkan kaum perempuan, bukannya lelaki tu takde, tapi kebanyakkan berlalu di kalangan hawa. So ini beberapa tips ingin saya kongsikan:
  • Masa bukan segalanya, jangan bazirkan masa untuk meminta maaf.
  • kalau asyik tertanya, "dia sudi ke kawan ngan aku balik", "malulah nanti kalau dia tak nak kawan lagi", "dia yang salah buat apa yang minta maaf dulu!", dan jika dua2 pihak pon dok fikir camni, susah lah, sampai bebila pon tak berbaik semula, so, tak jatuh pon ego kalau minta maaf.. minta maaf, keputusan nya terserah lah, tak rugi rasanya kalau mencuba.
  • Dalam Islam pon tidak digalakkan untuk bersengketa lelama, paling2 pun 3 hari, kalau dah sampai 3 tahun? ermmm
  • Kalau tak berkawan baik macam dulu pon, at least tak bergaduh sesama sendiri, nanti, kot2 anak2 kita sama2 berkawan, tak kan nak terus bermasam muka?
  • Minta maaf ikut cara masaing2lah, kalau segan, msg kut hp or email pon ok, yang penting kita mencuba...
  • for me, hidup ini sangat singkat untuk dibazirkan..jangan lengahkan untuk meminta maaf dengan kawan2 anda, keluarga atau pasangan anda, ingat! masa bukan segalanya...

Saya menulis berdasarkan pengalaman sebelum ini, saya dan kawan2 membazir masa selama 3,4 tahun tak bertegur sape sebab selisih faham, tapi sebenarnya dalam hati masing nak berkawan dan berbaik semula, tapi masing2 asyik dok pendam dan tak berani nak mulakan maaf dulu.

Minta maaf! :)

No comments: