"Assalamualaikum and hello everyone! Thanks for visiting my Blog. All the photos were taken by me, unless indicated otherwise. You can use or reproduce certain contents and images (except for personal notes/ journals) for personal use only."

Blog's quote: Biarlah apa yang ditulis memberi manfaat untuk yang lain, insyaAllah.

Sunday, June 13, 2010

Kami di USA

Notes: BM version :), sorry to anyone who don't understand BM...Have a good day!

Apa yang lain di USA bila dibandingkan dengan cara hidup kami di Malaysia?

Intro: Kami menetap di sini dah setahun dah, macam2 perkara yang kami lalui sepanjang kami di sini. Banyak masalah yang timbul dihadapi dengan hati yang sabar. Dengan masalah ni la kita banyak belajar tentag kehidupan.

[1] 4 musim

  • Kami berpeluang merasai hidup dalam negara yang 4 musim!

  • mula2 kami datang setahun lepas, ngah musim panas, tapi masa tu, rasa sejuk sampai buatkan kami menggigil2, hehhe siap pakai jacket yang tebal2.. segan aje ngan mat saleh, diaorang pakai tshirt n seluar pendek aje, hahha

  • Bila mula2 merasai salji tu, memang excited sangat. Kebetulan salji turun masa aliya lahir, pas pantang baru boleh main2, tu pon main kejap aje sebab segan takde orang lain yang join, hehhe Musim sejuk membuatkan kami dok kat umah ajela, nak kuar ngan kete bahaya, jalan licin, waktu siang pon pendek aje, subuh lambat then isyak seawal 6petang, apa lagi memang waktu berhibernasi aje la... :)

  • Musim bunga dan luruh kejap aje, tak banyak dapat kuar umah sebab selalu gak hujan...Musim yang paling ditunggu2, musim panas, sekarang la ni, start bulan 5... bunga2 pon banyak , panas dan waktu siang yang panjang, memang sesuai untuk jejalan...lagipon musim panas lah rasa cam kat malaysia skit..hehhe kat sini walaupon panas, tapi angin dia sejuk....kalau sejuk2 tu, kami dah dapat biasakan diri dah skang ni, alhamdulillah.

[2] Waktu sembahyang

  • Waktu solat kat sini memang selalu berubah2 ikut musim, waktu sejuk subuh lambat then isyak cepat, macam skang ni, musim panas, so, subuh cepat (kul 3pagi) then isyak memang lambat, kul 11malam! Best jugak dapat merasai waktu yang pelbagai ni... :)

[3] Makanan

  • Makan kat sini susah sikit, sikit aje susah, kalau memang tak memilih sangat tu memang takde masalah.. Kat sini pon kami makan nasi, lauk2 masak, pastu kebetulan ada kedai Vietnam yang ada juga jual barang2 halal, dari Malaysia dan Indonesia... Alhamdulillah sangat.

  • Kalau memang teringin nak makan kat fast food or restaurant memang tak merasalah, kecuali kami boleh makan pizza hut, tu pon satu jenis pizza aje yang halal, ni pon kira ok sangat. Kat sini memang banyak sangat kedai fast food..

  • Telur ayam kat sini kaler putih tak macam kat malaysia, kaler koko, hehhe...

  • Sayur-sayuran kat sini pon berlainan, cili pon susah nak dapatkan yang kaler merah, asyik2 hijau aje....jalepeno! Apapon makan kat sini, kami ok je setakat ni, Alhamdulillah, masih dikurniakan rezeki dari Allah.

  • A ah, orang kat sini memang minum air bergas banyak, kalau kami g supermarket, memang berkarton2 diaorang beli air gas..

[4] Orang

  • For sure lah orang kat sini mat saleh, hehhe setakat kami tinggal kat sini, penduduk kat sini ramah2 aje, takde masalah sangat macam bandar besar USA, yang ada kes pulau orang2 Islam, Alhamdulillah, kami dijauhi dengan perkara2 camni, dan harap sangat takkan ada masalah di masa depan.

  • Orang Islam kat sini, rata2 ngan datang bekerja dan student kat South Dakota State University, kalau local tu , ada satu family yang kami jumpa, mat saleh beragama Islam :). Kalau tak ramai Muslim dari negara Bangladesh, Mesir, Arab.


Apapon perbezaan yang kami rasa kat sini, hati tetap di Malaysia, hehhe rindu yang amat kat Ma, keluarga dan kawan2 memang tak tertanggung, hanya dengan sabar kami dapat bertahan. Alhamdulillah atas segala yang diberikan Allah. :)

No comments: